Dah lama akak tak berkongsi tentang Dzakwan, anak akak yang mengalami Syndrom Nefrotik.  Akak pernah bercerita tentang ini di SINI dan di SINI.   Syndrom yang belum pasti ada penghujungnya. 

Relapse Lagi Selepas 2 Minggu


Relapse ialah situasi yang dipanggil bilamana pesakit nefrotik syndrom menunjukkan tanda-tanda berlaku semula kebocoran protein di ginjal. Kali ini agak cepat juga berlaku.  Selepas selesai pusingan mengambil prednasalone penghujung April tempohari, dik wan bebas pengambilan ubat cuma kami perlu lebih perhatian pada pemakanan dan persekitaran beliau sahaja.  

Penghujung Julai lepas kami diuji lagi bilamana dik wan relapse kali pertama selepas hampir 2 bulan bebas ubat.  Kali ini tidaklah panik sangat sebab dah tau nak buat apa.  Selepas tiga hari bacaan urine test tidak okay, kami terus bawa dik wan ke wad GH Penang untuk berjumpa doktor.  Keistimewaan pesakit nefrotik di sini, sekiranya mahu berjumpa doktor, boleh terus ke wad, di situ doktor akan sentiasa ada membantu. Kami tidak perlu ke klinik pesakit luar, ambil giliran dan sebagainya sebab ianya akan mengambil masa yang lama, tambah-tambah hospital kerajaan.

Tanpa bermalam di wad, kiraan semula jumlah prednasalone yang perlu diambil dibuat dan bermulalah semula dik wan dengan butir-butir pil yang banyak setiap hari perlu di ambil.  Alhamdulillah selepas seminggu, kembali tanpa ubat sehinggalah 2 hari lepas. Awal sekali dapat kesan pada perubahan bacaan urine test yang di buat. Selepas itu, nampak sedikit perubahan di keliling mata seperti ada sedikit bengkak. Hati memang berdetik, relapse lagi anakku ini.  

En hubby juga perasan. Tapi tuan badan tetap aktif seperti biasa, macam tiada apa-apa. Ramai yang tanya apa punca ianya berulang.  Susah nak pastikan.  Yang pasti pengambilan prednasalone ini antaranya akan menyebabkan tuan badan kehilangan daya tahan, maknanya antibodi tidak kuat.  Mudah sangat berjangkit sekiranya terdedah pada persekitaran tidak sihat.  Dari segi pemakanan kami, akak rasa bukan punca utama sebab  kebanyakan masa kami memang masak sendiri di rumah.  Kami sekeluarga juga dah biasa dengan masakan yang kurang masin, terutama sekiranya menu tersebut juga menjadi minat dik wan.  Pada yang juga mengalami seperti kami, antara menu yang kami sediakan untuk dik wan ada dikongsikan di SINI.

Sedikit ujian Allah. In sha Allah kami lalui sebaiknya dengan iringan doa. Moga ianya bertambah baik seiiring dengan peningkatan usia.  Anak istimewa begini besar pahala yang disediakan untuk kita.

nefrotik syndrom di kalangan kanak-kanak, pemakanan nefrotik syndrom, ubat nefrotik, pencegahan nefrotik syndrom

Tetap nampak cergas sama macam budak-budak lain seusia.  Kami tidak pernah menghalang kalau dik wan nak keluar bermain tetapi sentiasa berpesan apa yang doktor ingatkan. Biar ulangkaji sampaikan dik wan sendiri dah hafal apa yang boleh apa yang tidak boleh dibuat atau di makan. Cara nak tolong kalau dik wan sendiri tau ianya akan memudaratkan diri sendiri.  Cuma kadang-kadang jenuh juga melayan emosinya yang kadangkala tidak stabil, antara kesan pengambilan prednasalone.

Moga Allah sentiasa melindungi insan istimewa ini dan diberi jiwa-jiwa kami dengan penuhi rasa sabar dalam menjalankan tanggungjawap kami.


10 Comments

  1. Kesianya Dik Wan...semoga cepat sembuh ye...

    ReplyDelete
  2. semoga kak azi tabah menghadapinya & moga dzakwan diberi kekuatan yang luar biasa untuk memikulnya aamiin.

    ReplyDelete
  3. Semoga syurga lah ganjaran ibu dan ayah dik wan ni... Amiiin.

    ReplyDelete
  4. Semoga dik wan semakin sembuh bila semakin besar inshaAllah 😘😘

    ReplyDelete
  5. semoga Allah permudahkan segala urusan akan dan keluarga.

    ReplyDelete