Port Baru Lepak Petang-petang

Thursday, August 08, 2019
Port baru kami bila petang-petang balik kerja.  Dah hampir seminggu jugaklah sejak buah-buah longan dah mula boleh petik.  Asal keluar rumah ja, mesti singgah bawah pokok ni dulu.  Kali ni buah longan ni keluar dengan lebatnya penangan baja yang en hubby siram, dengan izin Allah juga.  Memang meriah buah-buah yang keluar.  


longan atau mata kucing,port lepak, kutip buah-buahan, longan brazil, longan ping pong

Nampak berjambak-jambak buah-buah yang keluar.  Memang geram aje tunggu masa nak petik.  Bila dah boleh petik, berebut-rebut pula nak cari buah yang besar dan tebal isinya.  Macam-macam la akak ni kan!

longan atau mata kucing,port lepak, kutip buah-buahan, longan brazil, longan ping pong

Tiap petang balik sekolah, cepat-cepat suruh ayah ambil tangga nak panjat. Petik yang atas-atas.  Akak ambil yang bawah-bawah je, asal tercapai tangan. 

longan atau mata kucing,port lepak, kutip buah-buahan, longan brazil, longan ping pong

Kali ketiga pokok ni mengeluarkan buah.  Tahun lepas kurang kasih sayang, so tak berbuah dia, berdaun ajer.  Tahun ni alhamdulillah...hasilnya lumayan. Eh ni buah kata kucing ! Bukan ...ni buah longan.  Macam tu reaksi bila ada kawan-kawan yang tengok gambar ni.  Sebenarnya buah ni adalah spesis longan. Beza antara longan dan mata kucing korang boleh tengok pada kulitnya.  Kulit buah mata kucing agak berbintik-bintik manakala buah longan kulitnya agak licin. Khasiatnya lebih kurang sama. So sekarang ni, anak-anak akak pun dah tau nak bezakan antara longan dan mata kucing.

Orang kata kalau pokok di luar rumah, maknanya sesiapapun boleh ambil hasilnya.  Pokok ni memang ditanam di luar rumah.  Sebahagian buah-buahnya ada di dalam kawasan rumah dan sebahagian diluar.  Pada kami, rezeki masing-masing, kalau niat nak rasa dan ambil sedikit, ambillah.  Burung, tupai, kelawar pun ada je yang singgah petik buah ni di waktu malam. Rezeki mereka juga.

Seminggu ni habislah rasanya bila adik beradik pulang beraya.  Rezeki siapa yang sempat !


You Might Also Like


6 comments

  1. Ya allah..meriahnya buah dia kak..geram plak tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang meriah sangat. Puas jugalah makan kali ni.

      Delete
  2. Seronoknya raya Haji nanti.
    Semua dpt merasa longan.
    Boleh buat air longan, puding, masuk dalam ABC 😋😋😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Campur dalam air dan abc pun dah cuba...memang sedap.

      Delete

Like us on Facebook

Followers