Kelebihan Disenaraikan Dalam Bloglist Kawan-kawan.  Korang mesti ada bloglist yang korang letakkan dalam blog masing-masingkan?  Kebanyakan blog yang akak singgah memang ada list tu.  Ada banyak kelebihan bila korang listkan blog kawan-kawan. 

tips blog, blogger, cerita blog
Credit to google



Kelebihan Disenaraikan Dalam Bloglist


Apa kelebihan yang dapat dari bloglist? 

  1. Memberikan trafik mudah. Bila blogger lain pergi ke satu-satu blog, kadang-kadang ternampak tajuk-tajuk menarik di blog kawan-kawan, boleh terus terjah.  Boleh menyumbang trafik dari bloglist blog lain.
  2. Memberikan kelebihan dari segi ranking Alexa.  Ranking penting untuk blog mendapat tempat enjin carian. Bila artikel mudah dicari dan selalu berada di ranking atas, dapatlah tambah sumber trafik. 
  3. Membina network sesama blogger. Kita akan dan bakal saling mengenali lebih lagi menerusi blog. Kita mudah berkongsi informasi, pandangan dari pelbagai sudut sebab bila kita buka bloglist, kita beri peluang kepada semua genre atau niche blog.
  4. Difahamkan ia juga memberikan kelebihan dari segi enjin carian, sebab ada maklumat saling terkait dalam sesuatu entri.
  5. Memahami apa yang orang lain dan pembaca inginkan menerusi bloglist,  kita boleh tahu tajuk mana yang berikan impak dan entri yang macam mana orang akan baca.
Akak pun dah kena letak semula bloglist kawan-kawan ni.  Sebelum ni akak keluarkan dulu sebab nak bagi tumpuan untuk bina circle kawan-kawan blog semula.  Nanti nak letak list blog yang aktif sahaja so korang boleh terjah terus untuk baca update terbaru.