Kelebihan Disenaraikan Dalam Bloglist Kawan-kawan.  Korang mesti ada bloglist yang korang letakkan dalam blog masing-masingkan?  Kebanyakan blog yang akak singgah memang ada list tu.  Ada banyak kelebihan bila korang listkan blog kawan-kawan. 

tips blog, blogger, cerita blog
Credit to google



Kelebihan Disenaraikan Dalam Bloglist


Apa kelebihan yang dapat dari bloglist? 

  1. Memberikan trafik mudah. Bila blogger lain pergi ke satu-satu blog, kadang-kadang ternampak tajuk-tajuk menarik di blog kawan-kawan, boleh terus terjah.  Boleh menyumbang trafik dari bloglist blog lain.
  2. Memberikan kelebihan dari segi ranking Alexa.  Ranking penting untuk blog mendapat tempat enjin carian. Bila artikel mudah dicari dan selalu berada di ranking atas, dapatlah tambah sumber trafik. 
  3. Membina network sesama blogger. Kita akan dan bakal saling mengenali lebih lagi menerusi blog. Kita mudah berkongsi informasi, pandangan dari pelbagai sudut sebab bila kita buka bloglist, kita beri peluang kepada semua genre atau niche blog.
  4. Difahamkan ia juga memberikan kelebihan dari segi enjin carian, sebab ada maklumat saling terkait dalam sesuatu entri.
  5. Memahami apa yang orang lain dan pembaca inginkan menerusi bloglist,  kita boleh tahu tajuk mana yang berikan impak dan entri yang macam mana orang akan baca.
Akak pun dah kena letak semula bloglist kawan-kawan ni.  Sebelum ni akak keluarkan dulu sebab nak bagi tumpuan untuk bina circle kawan-kawan blog semula.  Nanti nak letak list blog yang aktif sahaja so korang boleh terjah terus untuk baca update terbaru.

7 Comments

  1. Betul tu Kak 👍🏻
    Senang nak baca post kawan² blogger lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak nak kena susun balik bloglist kawan-kawan aktif kat blog ni.

      Delete
  2. Blog akak ada dalam bloglist saya. Tapi, feed dia macam tak update, jika ada entri baru. Camana pun, di Reading List, ada je blog akak, sebab saya follow :)

    ReplyDelete
  3. kebanyakan semua blog yg lady komen dan singgah ade dan lady masukkan dlm senarai blog di ladybirds life.

    ReplyDelete
  4. Betul, sedikit sebanyak mcm marketing utk blog kita juga

    ReplyDelete
  5. sy letak list top commentator sbg bloglist 😁

    ReplyDelete
  6. Saya tak pasang di blog. Tp saya save di WA. Kebetulan saya pakai 3 nomor . Jadi tiap ada blog baru dari teman2 dan saya suka, saya save link nya di WA .

    Makanya saya rutin BW ke semua list blog yg saya save.walaupun ada beberapa yg nampaknya sudah tak aktif. Nanti nak saya hapus.

    ReplyDelete