Korang dah habis ke puasa 6 ? Akak baru nak masuk hari yang ke empat.  Biasalah bila berpuasa di hari kerja, banyak godaan jamuan raya ofis. Hujung minggu rumah terbuka pula.  Alasan kan !!

Tengah elok layan mata yang dah makin kecil di tengahari ni, masuk wasap daripada en suami kat rumah.  Orang kerja sendiri kan...masa pun susun sendiri.  Mini burger bekal dik wan ke sekolah.  Untunglah ada chef ni.  Biasanya en suamilah yang dok pusing kepala memikirkan bekalan untuk dik wan.  Sekolah sesi petang.  Tak perlu berat sangat sebab dah makan tengahari siap-siap.  

cara buat burger mudah, mini burger ayam,bekal anak, bekal sekolah

cara buat burger mudah, mini burger ayam,bekal anak, bekal sekolah
Nampak simple dan sedap 


Nilah rupa mini burgernya.  Roti gardenia bakar, telur hancur dan kepingan isi ayam gril. Letak sos sedikit bagi ada rasa.  Dzakwan tak boleh makan sos sangat. Lama juga dia dok request buat burger. Mak dia tunggu mood, akhirnya ayah juga yang melaksanakan keinginan anak.

Dah hampir 2 bulan tanpa sebarang ubat, kami jaga diet dia aje.  Pengidap nefrotik syndrom ni selepas tiada pengambilan sebarang ubat, kena jaga pemakanan. Walaupun kadang-kadang terlepas juga sikit-sikit tapi cepat-cepat pulang ke pangkal jalan.  Selalu ingatkan dia...kalau adik nak sihat, adik kena kuat.

Hmm.... agak-agak petang nanti berbuka boleh request camni jugak tak ?

8 Comments

  1. Nampak sedap tu kak Azi...terliur plak SA ha

    ReplyDelete
  2. mak aiii mini pun nampak sedap dah.
    jemu makan makanan raya kat open house dah hehehe

    ReplyDelete
  3. baru habis puasa 6 semalam. sambung beraya lagi hehe
    btw menu simple tapi nampak sedap kan

    ReplyDelete
  4. wah nampak lazat.. tentu anak suka kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang suka..dah beberapa repeat dah buat mini burger ni.

      Delete