Biasanya bulan puasa ni tak berapa berminat nak berjalan jauh.  Tapi kali ni tak boleh elak sebab kena temankan anak teruna dan en hubby ke Kota Bharu.  Abang Irfan dapat panggilan temuduga untuk penempatan pelajar baru  di USM Kubang Kerian.  Memandangkan tarikh temuduganya jatuh pada hari Jumaat maka dapatlah akak temankan en hubby memandu.  

Tak plan untuk berlama di KB sebab ada lagi urusan lain yang perlu disempurnakan di sini.  Bila dah set boleh follow, cepat-cepat cari port bermalam, apply cuti, aturkan kerja yang akan ditinggalkan di pejabat dan kemas serba sedikit barang keperluan.  Settle semua ..off we go.

Dah lama tak memandu dari utara ke pantai timur, jalan masih begitu malah ada kawasan yang semakin tidak rata.  Melihat kesan-kesan tanah runtuh, bekas-bekas kemalangan jalanraya...rasa ngeri juga sebab itulah tak berapa senang nak biarkan en hubby memandu sendirian.  Bila ramai dalam kerea, adalah bahan untuk diborakkan dan taklah terasa jauh perjalanan. 

Singgah Rest Apartment Lokasi Penginapan Murah Dan Sesuai Untuk Keluarga


Nak cerita sikit tentang Singgah Rest Apartment ni.  

Kami bermalam di Singgah Rest Apartment berhampiran sangat dengan pasar malam Wakaf Che Yeh. Pada yang suka nak shopping di Wakaf Che Yeh, akak cadangkan korang menginap di sini.   Apartment ni nampak macam bilik hotel.  Agak luas. Kalau korang nak bawa family boleh lagi cuma perlu bawa tambahan toto sahaja.  Lokasinya memang strategik sangat, lintas jalan je dah sampai ke wakaf. Tempat makan pun tak susah nak cari, makanan segera McD sebelah apartment je, yang lain-lain pun boleh jalan kaki je cari.  Bulan puasa, meriah di wakaf ni agak lewat sikit tapi masih tetap ramai pengunjung.  Makin lewat akak tengok makin ramai pulak orang. Masing-masing sibuk mencari kelengkapan untuk sambutan Aidil Fitri nanti agaknya.

percutian bajet Kelantan, tempat makan kota bharu, makanan kelantan
Bangunan apartment lokasi tempat menginap kami.  Belah depan tu ada ja kedai makan dan sebelah tu McD. Lintas jalan ni, sampailah ke pintu gerbang Wakar Che Yeh


Tuanpunya apartment ni juga mudah nak berinteraksi.  Guna wasap sahaja tapi cepat feedbacknya.  Tak berkira sangat.  Bilik apartment juga bersih dan kemas. 

percutian bajet Kelantan, tempat makan kota bharu, makanan kelantan
Bahagian dalam apartment ni. Ada satu katil queen dan satu katil single.  Ruang hadapan katil pun agak luas, boleh bentang toto lagi.  Tapi korang kena bawa sendirilah extra toto dan bantal.


Untuk yang berminat nak menginap di sini, boleh booking awal.  Korang boleh guna link ni untuk menempah :


Dari tempat menginap nak sampai ke  USM pun tak jauh mana, dalam 15 minit perjalanan dengan kereta.  Kami bergerak awal sebab abang irfan perlu ada di sana sebelum jam 730 pagi.  Jalan memang lengang sangat jadi tak susah nak cari arah.  Ramai juga yang datang untuk sesi temuduga ni. Seronok tengok anak-anak yang mana tahu suatu hari nanti bakal menjadi doktor.  Ramai juga ibu bapa yang meneman anak-anak mereka ke sesi ini, sama macam kami.

percutian bajet Kelantan, tempat makan kota bharu, makanan kelantan
Menunggu sebelum panggilan masuk. 

percutian bajet Kelantan, tempat makan kota bharu, makanan kelantan
Group pertama yang akan masuk sesi temuduga.  Abang irfan kata ada 9 stesen temuduga. Ada yang berseorangan dengan penemuduga dan ada yang berkumpulan.  Moga korang semua berjaya !


Sementara menunggu abang irfan selesai, kami dihidangkan dengan sesi penerangan daripada pihak USM sendiri.  Aliran perubatan USM dijalankan di dua tempat iaitu di USM Kubang Kerian dan juga di USM-KLE Balgaum, India.  Terpulanglah pada anak-anak yang memilih untuk buat di mana. Ada rezeki dapatlah pilihan mereka.  Tempoh pengajian 5 tahun.  Ada yang datang memang dah dapat tajaan pinjaman atau biasiswa dan ada juga yang belum lagi.  

Cari Makan Di Kelantan


Makanan di negeri Che Siti Wan Kembang ni manis-manis rasanya.  Tak berkesempatan nak meronda sangat dalam masa yang terhad, tambah-tambah lagi bulan puasa.  Hari sampai sempat singgah di Tanah Merah untuk berbuka puasa.  Banyak sungguh kedai steamboat dan pelbagai jenis colek.  Kami tetap cari nasi juga.  

Malamnya singgah di Wakaf Che Yeh pekena sotong celup tepung, isi perut sebelum tidur.  Dek keletihan, tak fikir dah nak makan apa waktu sahur.  Seawal 345 pagi dah terkejut untuk bersahur.  Keluar berdua dengan en hubby, anak-anak masih tidur.  Kami plan jalan kaki ja cari kedai makan.  Elok sampai bawah nampak sekumpulan anak-anak muda sedang berjualan di gerai. Rezeki kami, nasi lemak kukus dengan ayam berempah dan pelbagai lauk lain.  Gerai air pun ada di situ.  Selesai bab sahur.

Tengahari, selesai urusan temuduga abang irfan, cadangan asalnya nak berbuka di Kota Bharu sebelum bertolak pulang. Tapi disebabkan kena check out jam 12 tengahari dan tiada tempat tujuan lain memandangkan anak-anak dah penat maka terus plan nak balik Kulim.  Sebelum tu singgah dulu tapau bekalan di kedai Yati Ayam Percik, antara lokasi makan popular juga di KB ni.  

percutian bajet Kelantan, tempat makan kota bharu, makanan kelantan
Pandangan daripada Puncak Titiwangsa lepas hujan lebat.  Sejuk sangat masa ni dengan pemandangan dipenuhi kabus tebal.


Pelan-pelan memandu dan singgah di R&R Puncak Titiwangsa untuk solat dan tunggu waktu berbuka.  Masa ni hujan turun agak lebat dan cuaca sangat sejuk.  Pegang air paip pun rasa macam ais.  Ramai juga yang singgah kat sini.

percutian bajet Kelantan, tempat makan kota bharu, makanan kelantan
Nasi kerabu daripada restoran di Puncak Titiwangsa ni. Sedap juga...perut pun tengah lapar.


Kat sini terjumpa pula dengan nasi kerabu. Hmm.....dapat jugak layan nasi kerabu.  Sedappp ooiii....

percutian bajet Kelantan, tempat makan kota bharu, makanan kelantan
Kuih akok. Bekalan dari Yati Ayam Percik di KB.  Ayam perciknya tak sempat ambil gambar, tak cukup tangan masa ni nak ambil gambar.


Sampai rumah tengahmalam. Mujur ada tapau lauk untuk sahur.  Penat tapi puashati sebab perjalanan dipermudahkan dan urusan semua dapat diselesaikan mengikut plan kami.  Alhamdulillah....




2 Comments

  1. Alhamdulillah tahniah Abang Irfan. Semoga berjaya dalam temuduga ni ye 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, moga rezeki berpihak padanya.

      Delete