Beratnya Memegang Amanah
Semakin dekat dah Ramadan nak tinggalkan kita. Hanya beberapa hari je lagi tinggal sebelum kita semua menyambut kedatangan Syawal. Bagaimana persiapan korang? Kami, sangat minimal persediaan menyambut Syawal tahun ini. Bersyukur dengan apa yang ada.
Terpanggil untuk berkongsi pesanan rakan sekerja yang telah menamatkan tempoh berkhidmat di syarikat ini. Terkesan jugak membaca coretan beliau.
Kekadang
"tercuri" masa ..
Kekadang
"terambil" dan terbawa..
Kekadang
"terlalai" ketika memikul amanah..
Benar kata
imam AlGhazali..ketika di tanya oleh anak muridnya..
“Apa yang
paling berat di dunia ini?”.
Ada yang
menjawab : “besi dan gajah”.
Semua
jawaban adalah BENAR, kata Imam Ghozali, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG
AMANAH (Q.S. Al-Ahzab [9] : 72 “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat
kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul
amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu
oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat lalim dan amat bodoh”
Tumbuh-tumbuhan,
binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWTmeminta mereka
untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.
Tetapi
manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak
dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak dapat memegang
amanahnya.
Allah SWT
berfirman:
"Dan
orang-orang yang beriman serta beramal soleh sesungguhnya Kami akan hapuskan
dari mereka kesalahan-kesalahan mereka, dan Kami akan membalas apa yang mereka
telah kerjakan - dengan sebaik-baik balasan."
(QS.
Al-'Ankabut 29: Ayat 7)
Semoga kita sama-sama dapat menjalankan amanah yang diberikan kepada kita dengan sebaiknya. Akak pun cuba buat yang terbaik...
4 Comments
amanah itu memang berat dan amanah itu tak boleh dibuat main...
ReplyDeletesetuju.
DeleteTerima kasih perkongsian ni :)
ReplyDeleteKak Laili nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada Azi sekeluarga.
Mohon maaf zahir dan batin ye.
Terima kasih kak.
Delete