10 Pilihan Tempat Makan Terbaik Di Ipoh
Nikmati hidangan lazat & pengalaman pembayaran tanpa tunai dengan aplikasi e-dompet ‘homegrown’ Boost
Apabila bercakap mengenai hidangan tempatan popular dalam negara ini, Ipoh kini menjadi salah satu destinasi pilihan sama ada dalam kalangan pelancong tempatan mahupun asing. Daripada nasi ayam, hor fun dan taugeh yang terkenal, bandaraya Ipoh kini menjadi tuan rumah kepada pelbagai kulinari tradisional, hidangan ikonik dan tempat makanan yang tersembunyi.
Nikmati pengalaman merasai hidangan di Ipoh di 10 tempat-tempat pilihan Halal terbaik menggunakan pembayaran tanpa tunai yang mudah dan selamat menggunakan aplikasi e-dompet ‘homegrown’ Boost dengan pulangan tunai daripada “Shake Rewards” selepas membuat pembayaran untuk setiap hidangan.
1. Miker Padang Ipoh
Sebuah kafe hipster yang terletak di Padang Ipoh, Miker terkenal dengan hidangan Tom Yum dalam Kelapa dan piza-piza unik seperti Crazy Cheese, Crazy Meat dan Ultimate Kampung yang mempunyai cili padi dan ikan bilis. Pilihan masakan Barat seperti cop kambing (lamb chop) dan ayam keju dipanggang juga disukai ramai.
Waktu perniagaan: Selasa hingga Sabtu, 5.00 PTG hingga 12.00 TGH MLM. Ditutup pada hari Isnin
2. Char Kuey Teow Abang Sayang
Char kuetiau yang dihidang di Abang Sayang bukan sekadar char kuetiau biasa. Kuetiau di sini dimasak dengah kuah istimewa “Abang Sayang serta udang besar. Sekali rasa, anda tidak lagi akan makan char kuetiau biasa. Mereka turut menawarkan hidangan lain termasuk Nayi Ayam, Bihun Sup dan Sate.
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari kecuali Selasa, 4.00 PTG – 1.00 PG
3. Restoran Warteg Ipoh
Terletak di dalam salah satu bangunan tertua di Ipoh, warung moden ini menawarkan kaki makan pelbagai pilihan hidangan yang diinspirasikan oleh rasa masakan Jawa. Hidangan yang wajib dicuba adalah Ketam Raja dan Lobster dimasak gaya Jawa ala shellout. Selain makan laut segar, cubalah nasi uduk dan kacang pol versi Warteg.
Waktu Perniagaan: Selasa hingga Sabtu, 4.00 PTG – 1.00 PG, ditutup pada hari Isnin
4. Restoran Nasi Vanggey
Nasi Vanggey menjadi ikon makanan di Ipoh sejak tahun 1955. Dihidangkan dengan nasi putih dan ayam goreng bersama-sama pilihan hidangan sampingan lain yang menggiurkan serta ditambah kuah signature – ini adalah kombinasi terbaik. Walaupun terdapat cawangan di KL, kami masih cadangkan anda mencubanya di Ipoh, tempat asalnya.
Alamat: 5-A Lebuh 1, Pusat Perniagaan Greentown
Waktu Perniagaan: Dibuka 24 jam, 7 hari seminggu
5. Canning Dim Sum
Pilihan popular untuk sarapan pagi dan tengah hari, restoran dim sum Halal ini menyediakan dim sum yang amat lazat dan mempunyai 50 pilihan untuk dinikmati. Salah satu hidangan paling popular ialah Lau Sa Pau dengan 5 rasa enak – telur asin, bijan hitam, teratai, coklat dan keladi.
Alamat: No. 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh
Waktu perniagaan: 6.30 PG – 2.00 PTG. Ditutup pada hari Rabu6. Labu Sayong Café
Kafe menawan ini menyajikan masakan asli dan tradisional Melayu Perak termasuk hidangan seperti Ikan Purba Kala Sayong dan Rusuk Kambing Tongkat Ali. Jika anda mencari tempat untuk memuaskan citarasa masakan Melayu tradisional, Labu Sayong Café adalah tempat untuk dikunjungi.
Alamat: F2, Kompleks Silveritage Galleria, Medan Gopeng, 31350 Ipoh
Waktu Perniagaan: Hari bekerja: 10.00 PG – 10.00 MLM
Hujung Minggu dan hari sebelum Cuti Umum: 10.00 PG – 11.00 MLM
7. Assam House
Memenangi hati penduduk tempatan lebih dari 26 tahun, Assam House adalah salah satu restoran Nyonya paling popular di Ipoh. Sajian istimewa mereka yang wajib dicuba ialah Kari Kepala Ikan dan Nyonya Lucky Platter.
Waktu perniagaan: 11.30 PG – 3.00 PTG / 6.00 PTG – 10.00 MLM
8. Rojak dan Cendol Padang Ipoh
Untuk mereka yang menggemari rojak dan cendol, ada yang mengatakan tempat ini adalah pilihan terbaik di bandaraya Ipoh. Kaki makan pasti akan memesan Cendol Durian dan Pulut yang popular, dinikmati bersama Rojak Pasembor, Mi Rebus dan Mi Goreng.
Waktu perniagaan: 10.00 PG – 8.00 MLM
9. Zul Yahya Steamboat
Penggemar stimbot wajib ke restoran ini bagi menikmati stimbot dan BBQ gaya bufet. Restoran Zul Yahya Steamboat merupakan syurga pemggemar makanan stimbot kerana mereka menawarkan pelbagai pilihan makanan sama ada dibuat BBQ atau dimasak dalam sup istimewa mereka.
Alamat: No.1, 1b, Jalan Meru Bestari A8, Bandar Meru Raya
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari pukul 10.00 PG – 12.00 TGH MLM
10. Restoran Fuziah
Restoran Fuziah Nasi Ayam atau lebih dikenali sebagai Nasi Ayam Pasar Bulat digemari penduduk setempat sejak tahun 1980-an. Hidangan popular ini berasaskan nasi beras wangi dimasak dengan minyak lemak ayam serta ayam panggang digoreng garing bersama campuran sos soya sedikit manis amat dinikmati oleh semua.
Alamat: 78, Jalan Mustapha Al-Bakri, 30300 Ipoh
Waktu Perniagaan: 11.30 PG – 10.30 MLM
Muat turun aplikasi Boost di Google Play Store atau App Store hari ini dan nikmati pengalaman pembayaran tanpa tunai dengan ganjaran segera berbentuk pulangan tunai.
3 Comments
Wah, bolehlah bawak keluarga mertua pegi ke tempat-tempat nie.. Thanks for sharing..
ReplyDeleteharap membantu sesi jjcm anda.
DeleteAlang2 otw balik kampung ke penang boleh singgah di ipoh ni :D Thank you for sharing
ReplyDelete