Wanita dan wangian memang tak boleh dipisahkan.  Tambah-tambahan wangian yang dihasilkan daripada bunga rose, memang suka sangat! Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist, satu lagi produk dari Althea dengan kolaborasi bersama pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Titi Kamal.  Makin hari makin sayang pulak dengan Althea ni. Macam-macam ada dari bahagian atas sampai ke bawah, tak perlu cari yang lain dah.


Althea Stay Fresh Body Sparkling Mist


produk althea, pencuci muka berkesan, pewangi, istimewa untuk wanita

Sekali sembur, semerbak baunya.  Botolnya pun cantik dengan gambar bunga rose.




Berpeluang untuk mencuba produk ini. Wangian ini terdiri daripada gabungan wangian fruity (sweet orange dan fresh peach)  dan floral (bunga rose).  Baunya agak lembut dan kekal lama juga di badan.  Senang nak bawa ke mana-mana. Antara bahan utama yang terdapat dalam Stay Fresh Body Sparkling Mist ini ialah :



Damask Rose Water - kebaikannya menghidupkan kulit terhidrat dan memberi wangian yang lembut
Sweet orange oil - menyegarkan deria dan buat pemakai rasa fresh
Elder Flower Extract -menyejukkan dan melegakan kulit serta memberi bauan aroma feminin

Selain itu, antara lain-lain kandungannya ialah  Alcohol, Water, Glycerin, Fragrance, Pentylene Glycol, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Rosa Damascena Flower Water, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sambucus Nigra Flower Extract, Citrus Aurantiunm Dulcis ( Orange ) Flower Extract, Magnolia Liliflora Flower Extract, Plumeria Rubra Flower Extract, Lilium Tigrinum Extract, Ethylhexylglycerin.


Kelebihan Guna Stay Fresh Body Sparkling Mist


1. Tidak melekit dan  meninggalkan wangian yang segar dan harum pada badan.
2. Baunya menyegarkan dan tahan lama.
3. Mudah dibawa ke mana-mana, selitkan sahaja di celah bag.






Satu lagi produk dari Althea yang akak berpeluang mencubanya ialah Pore Purifying Serum Cleanser.  Apa yang menariknya tentang produk ini?


Althea Pore Purifying Serum Cleanser


Althea Pore Purifying Serum Cleanser ialah pembersih muka yang juga membawa fungsi serum.  Sesuai digunakan untuk mencuci makeup, kotoran dan minyak di muka tanpa mengeringkan kulit muka. Ia juga menyeimbangkan paras pH pada kulit untuk memastikan kulit tetap kekal sihat.

produk althea, pencuci muka berkesan, pewangi, istimewa untuk wanita



Pore Purifying Serum Cleanser ini dihasilkan daripada bahan-bahan terpilih.  Antaranya :

Ekstrak daun mint – Menyejukkan kulit dan mengurangi iritasi
Minyak biji jojoba – Melembabkan kulit kering dan kulit tidak merasa berat setelah digunakan 

Ekstrak daun dari pohon teh – Memiliki sifat antibakteria yang membersihkan kulit
Cara nak gunakan pun senang sahaja. Basuhkan dahulu kulit muka, oleskan sedikit di kulit.  Sapu perlahan dengan gerakan membuat selama 5 - 10 saat. Kemudian bilas dengan air. Pore Purifying Serum Cleanser ini sesuai untuk semua jenis kulit, jadi korang semua boleh je gunakan.

produk althea, pencuci muka berkesan, pewangi, istimewa untuk wanita
Kedua-dua produk ni dah sedia ada dalam handbag, dibawa ke mana sahaja.



Kalau nak tahu lebih details tentang produk-produk ini, harga dan bagaimana nak beli, korang boleh ke laman web Althea :   https://my.althea.kr/



3 Comments