Lama tak menulis kat sini.  Maaf ye pada yang singgah sebentar kat sini, akak agak sibuk kebelakangan ini.  Bila berhari-hari tak update, nak mula semula kena carik mood balik.  Bila dah ada mood, kekangan tugas-tugas yang perlu didahulukan pula.  Akhirnya terbengkalai niat nak menulis walaupun bahannya ada.  Tapi akak tetap aktif juga di insta yer. Pada yang belum friend boleh cari akak di @norazilah72

Haa...sempat lagi....

Roti Bakar Daging


Roti bakar daging ni akak ja yang bagi nama.  Bila cuti sekolah macam-macamlah menu yang keluar nanti.  Kat rumah kena sentiasa ada macam-macam stok yang mudah masak. Beli dan simpan dulu nanti bila perlu, tengok apa yang ada...layan aje.  Macam tu lah  selalunya....asal ada stok apapun maka jadikan simple dish untuk isi perut.

Stok roti memang akan sentiasa ada. Tapi kadang-kadang dekat expired date tak habis lagi sebab takde padanannya.  Biasanya akak akan buat menu yang boleh gunakan sebungkus roti sekali gus.  Maka terhasillah Roti Bakar Daging olahan akak lepas tengok beberapa video di youtube.

Mudah saja nak sediakan.  Apa yang diperlukan:

Daging kisar
Capsicum hijau dan kuning (merah pun boleh) - hiriskan
Bawang holland - potong dadu
Cili merah - potong kecil (kalau dah guna capsicum merah, tak perlulah cili merah lagi)
2-3 ulas bawang putih - cincang halus
Sos tomato kimball (jenama lain pun boleh)
sedikit cili kisar
sedikit minyak
Roti
Telur (3-4 biji) - pukul bersama dengan sedikit serbuk lada hitam


Caranya pun mudah:

Tumis bawang putih sedikit, masukkan bawang holland.  Masukkan daging kisar. Biarkan sekejap agak-agak kering air daging. Masukkan cili kisar dan sos tomato.  Jangan lupa sedikit garam. Rasalah masam masinnya.  Agak-agak daging masak masukkan capsicum tadi. Gaul rata, padam api dan letak tepi sekejap.


menu sarapan ringkas, menu minum petang cepat siap, menu mudah, menu roti, makanan kesukaan anak-anak
Masak macam ni jer....campak-campak.  Bagi macam-macam warna barulah menarik.  Nak makan dengan roti terus je pun boleh inti ni.


Menu ni kena bakar so kenalah ada oven. Kalau takde oven korang boleh guna kuali ajaib tu. Kalau takde kuali ajaib, gunakanlah apapun alas masak atas dapur tapi kena jadalah jangan sampai rentung. Panaskan oven korang pada suhu 175-200 darjah celcius.

Ambil bekas pembakar.  Letak roti di bahagian bawah. Lepas tu lapiskan dengan daging yang korang dah masak tadi.  Curahkan telur agak-agaklah tak perlu banyak sangat.  Lapik bahagian atas dengan roti semula. Atas roti tu korang boleh taburkan cheese kalau nak. Atau korang boleh sapukan butter. Ikut suka.  Lepas tu masukkan dalam oven.  Bakar dalam 15 minit ikut lah oven masing-masing. Maaf part yang ni tak sempat nak ambil gambar sebab buat sorang-sorang, mana nak kejar masa, mana nak snap gambar.

Akak guna 5 minit api atas bawah, 5 minit api atas sahaja dan 5 minit lagi api bawah sahaja.

Dah siap inilah kejadiannya.....

menu sarapan ringkas, menu minum petang cepat siap, menu mudah, menu roti, makanan kesukaan anak-anak

menu sarapan ringkas, menu minum petang cepat siap, menu mudah, menu roti, makanan kesukaan anak-anak
Letak sos sikit pun sedap juga.  Dua bekas empat segi untuk sebungkus biasa roti gardenia empat segi tu.  Letak atas meja tak sampai 15 minit habis yer...siap suruh buat lagi.  Hmmm....



17 Comments

  1. Cuti sekolah kak Azi..memang anak- anak sentiasa lapar jer la kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula pasal. Kena kreatif. Tapi budak-budak ni asalkan ada makanan je okay. Kadang-kadang tu tak sempat juga nak sediakan. Pandai-pandailah abang kakak layan adik-adik.

      Delete
  2. auch sedap ni, aduh malam karang nak buat la

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa... Resepi campak² masa cuti sekolah dan hujan memang selalu menjadi. Aien bookmarked resepi k. Ade rezeki nak buat.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Senang je nak buat. Apa yang ada kat rumah tu ubahsuai aje.

      Delete
  4. Hmmm...great dishes to taste...

    ReplyDelete
  5. Cuti sekolah memang gitu Azi. Jiran kak laili rajin nau sedekah bila masak untuk anak-anak dia. Untung hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...memang kena prepare stok siap-siap menjelang cuti sekolah.

      Delete
  6. Sedap nampaknya tu
    Mudah dan cepat dah siap terus makan hiks!

    ReplyDelete
  7. Ya Allah sedap nya..nak buat weekend nanti

    ReplyDelete
  8. Wahh lazatnya bolehlah try nanti

    ReplyDelete
  9. sedapnyaa .boleh cuba ni . thanks for the recipe :)

    ReplyDelete