Getuk Ubi Kayu Selera Petang Keluarga


Sekarang ni hampir setiap petang hujan. Bila hujan, tak bolehlah nak keluar `mengukur jalan'. Perut pun asyik lapar saja.  Anak-anakpun dah mula keluar masuk dapur cari makanan.  Kalau akak cuti memang layan jugalah sediakan hidangan minum petang.  Korang pernah makan getuk ubi kayu ? Tak tahulah kalau tempat korang panggilannya lain.  Paling senang nak sediakan getuk ubi kayu ni sebagai pengisi selera petang seisi keluarga.  

kuih tradisional, menu minum petang, masakan ubi kayu

Inilah Getuk Ubi Kayu.  Korang ada nama lain ke? Dulu-dulu akak panggil kuih ubi kayu.


Akak suka makan ubi kayu samada rebus atau goreng.  Memang layanlah tambah-tambah kalau ada sambil bilis sebagai pencicah.  Minggu lepas singgah pasar malam jumpa pulak ubi kayu.  Dah memang banyak kali jugak menyanyi kat en hubby nak makan ubi kayu....nak makan ubi kayu.... 

Ubi kayu kat rumah belum berisi lagi, lambat nak tunggu isinya membesar. Dek malas nak dengar lagu pn isteri, kebetulan anak-anak ada kat rumah rajinlah en hubby melayan...belilah beberapa ketul. Ingatkan sendiri saja yang teringin rupanya en hubby pun ada agenda sendiri minta buatkan kuih Getuk Ubi Kayu.

Cara Sediakan Getuk Ubi Kayu


Sangat mudah yer nak buat kuih ni. Yang penting korang kena ada ubi kayu.  Akak buat main agak-agak je tapi korang boleh gunakan resepi daripada myresepi.com ni sebagai panduan sukatan yang nak guna.  Kalau ikut cara akak, memang main agak-agak je banyak mana nak guna bahan-bahan ni.

Getuk Ubi Kayu (resepi dari myresepi.com)

Bahan A
1kg ubi kayu (kupas kulit dan potong kecil)
4 sudu makan gula
1 cawan kelapa parut (ambil putih sahaja)
1/2 sudu teh garam
Minyak masak secukupnya

Bahan B
1 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung gandum
1/2 cawan air
garam secukup rasa

Rebus ubi kayu. Tus dan tumbuk sampai hancur. Yang ni ikut koranglah nak lenyek dengan apa, asalkan ubi rebus tu hancur.  Gaulkan ubi kayu dengan gula, kelapa dan garam sampai sebati.  Korang rasalah juga manis masinnya ikut tekak korang.  Lepas tu betukkan bebola, kecil ka besar penumbuk ka...ikut korang.  Bahan B tadi korang bancuh semua kecuali minyak sebab minyak tu untuk menggoreng. Celupkan bebola ubi dalam bancuhan tadi dan gorenglah sampai keperangan.  Minyak tu biar betul-betul panas. Tak perlu goreng lama-lama.

kuih tradisional, menu minum petang, masakan ubi kayu


kuih tradisional, menu minum petang, masakan ubi kayu
Buat bebola macam ni senang, tak besar sangat, sekali masuk mulut.

Jadilah kuih Getuk Ubi Kayu.  Kuih ni jarang jumpa di jualan.  Tak sangka anak-anak akak pun suka makan kuih ni. Macam ni lah cara akak nak kenalkan kuih-kuih masa kita kecil pada anak-anak sekarang.  Biar mereka rasa, jangan sampai lupa yang lama ditenggelamkan oleh yang baru.

Lepas ni boleh buat lagi....

9 Comments

  1. suka kuih ni, tapi malas buat sebab saya sorang je mkn kat rmah.

    ReplyDelete
  2. sedapnya...kalau kita panggil ubi ketuk

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Sha panggil ubi ketuk, tkar g ke k je, hehe.

    ReplyDelete
  4. Ubi kayu memang favourite akak. Semua jenis kuih jalan. Akak panggil getuk ni kuih ubi 😆

    ReplyDelete
  5. alahai dah lama tak makan getuk bolehlah cuba resepi ni

    ReplyDelete
  6. nampak macam sedap, macam pernah makan

    ReplyDelete
  7. uuish dap ni..!!!! lama gilaa x makan. hahaha nak buat sendiri tak rajin hahaha. kena garing2 luar tu kan krap krup makan..

    ReplyDelete
  8. datang sini sebab cari resepi buat getuk ubi, selalu makan je, nak try buat sendiri pulak..tq resepinya:)done follow your blog.

    ReplyDelete