Lelaki Kiriman Tuhan
Ya ampun....lama sungguh akak tak update blog. Macam-macam yang berlaku seminggu dua lepas sehinggakan sunyi sepi kat sini. Tapi kat instagram dan kadang-kadang di fb akak muncul juga. Alhamdulillah dah beransur pulih dan bolehlah selesaikan kerja-kerja yang banyak tertunggak. Pelan-pelan akak aktif semula ye. Ada ke yang berkunjung datang kat sini?
Lelaki Kiriman Tuhan
Dalam sepinya, merehatkan diri sebentar banyak juga masa akak luangkan menonton drama-drama yang sedang bersiaran sekarang ni. Yelah bila dah terbaring jer, nak buat apa lagi selain daripada tidor, makan ..kenalah isi juga masa dengan benda lain. Lelaki Kiriman Tuhan adalah salah satu drama yang sedang akak ikuti dan agak menarik untuk ditonton sehingga habis. Cuma yang tak bestnya, drama ini bersiaran hanya sekali dalam seminggu. Jenuh kot nak tunggu episod berikutnya.
gambar google
Sinopsis Lelaki Kiriman Tuhan
Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.
Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.
gambar google
Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu. Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza.
Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid yang penuh misteri. Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya?
Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat?
Kenapa Suka Dengan Lelaki Kiriman Tuhan?
Akak tertarik tengok cerita ni sebelum tahu jalan ceritanya ialah sebab pemilihan pelakon. Rata-rata pelakon yang boleh dikategorikan memang pandai berlakon dan boleh bawa watak sebaiknya. Siapa yang tak kenal dengan lakonan Mira Filzah, Remy Ishak, Kartina Aziz, Rozita Che Wan dan lain-lain lagi yang tak kurang hebatnya. Sungguh !!
Tambah-tambah pula guna loghat utara yang dah memang sinonim dengan akak ni. Rasa bestnya dengaq dialog depa terutama bila Che Ta bersuara. Lepas tu barulah akak baca jalan cerita drama ni.
Disebabkan tak sabar nak tunggu tiap-tiap minggu untuk satu-satu episod, akak pi cari novelnya. Haa...kan....penangan drama. Novel karya Umie Nadzimah ni memang best. Kalau di novel, sekitaran cerita berkisar di Pulau Pangkor tapi dalam drama ni lokasi resort adalah di Keriang Hills. Cerita dalam novel memanglah lain sikit dengan cerita sebenar tapi setakat ni tak lari jauh sangat. Biasalah ada bab-bab yang boleh diimaginasikan dalam novel tapi tak bolehlah nak di apply kan dalam drama.
Untuk korang yang nak follow cerita ni, silalah ikutnya drama Lelaki Kiriman Tuhan setiap Isnin jam 9.00 malam di saluran Astro Oasis dan Maya HD. Selain daripada pelakon yang comel, pemandangan dan panorama dalam cerita ni pun cantik.
Walaupun dah habis baca novel, akak still lagi berminat nak follow drama ni. Yang tak sempat tengok kat TV, jom tengok online jer..
2 Comments
Depa ada juga shooting kat Langkawi di tempat2 yg Zumal promote dalam blog. Tapi segan nak bergambar dengan depa.Hihi...
ReplyDeleteI love Senafas rindu Senfas Rindu
ReplyDelete