Dah lama teringin nak ada kolam ikan simple kat halaman rumah.  Halaman rumah tak besar mana tapi cukuplah untuk kami sekeluarga menghabiskan waktu petang sembang-sembang santai sambil tengok ikan berenang-renang berebut makanan.  Bila mood en hubby rajin terlebih, terhasillah kolam ikan yang simple tapi menarik disertai dengan pokok-pokok aquaponic untuk menceriakan lagi kolam ni.

DIY Kolam Ikan


En hubby memang suka buat kerja-kerja DIY ni.  Kalau memang minat dan kena masanya, en hubby memang boleh menghabiskan berjam-jam masa menyiapkan kerja.  Kalau dia dah mula memang susah nak berhenti selagi tak capai tahap kualiti yang diingini.  Masa ni janganlah ada sesiapa yang kacau...hehhe anak-anak memang dah faham sangat bila ayah sedang focus buat sesuatu, sila dok jauh-jauh kalau nak hasil yang baik.


kolam ikan, peminat ikan hiasan, kolam diy
Kolam ikan kami dari pandangan atas.  Actually guna kok untuk buat longkang besar aje.  Bunga teratai tu bila kembang penuh, memang cantik


Tak perlukan kos yang tinggi.  Guna bahan-bahan yang mudah nak dapat.  Cuma beli filter, pump dan beberapa keperluan yang berkaitan.  Pokok-pokok pun ambil di kawasan berdekatan aje.  Cuma beli satu pasu dengan pokok daun hijau untuk ceriakan lagi kolam ni.  Bahagian bawah tu tanam pokok pegaga kampung.....nampak cantik pulak ! Pokok teratai tu pun ambil di kampung, cepat membiak kena rajin potong daunnya. 


kolam ikan, peminat ikan hiasan, kolam diy

Susun-susun bagi nampak elok.  Bab lanskap ni akak fail jugak.  En Hubby lebih terperinci pandangan matanya.  

kolam ikan, peminat ikan hiasan, kolam diy

Suka tengok sebab banyak warna hijau.  Hijau kan baik untuk mata terutama bila awal pagi kita tengok warna hijau.


Ikan ni kena jaga juga pH airnya.  Akak tak berapa pandai bab ni, semua en hubby yang uruskan.  Ikan-ikan pun beli yang kecil-kecil aje tapi pelbagai warna dan comel-comel semuanya. Kadang-kadang terlebih mesra sampai makan atas tapak tangan.


kolam ikan, peminat ikan hiasan, kolam diy

Ikan-ikan ni pun macam tau-tau ja jejari siapa yang menyentuh permukaan kolam.  Leka dibuatnya bila bermain dengan ikan-ikan ni.  Ada lebih kurang 20 ekor jugalah dalam kolam comel kami ni.

Buat masa ni, masih lagi menyusun atur sekitar kawasan ini untuk nampak lebih kemas dan menarik.  Buat cara kami. Sementara cuti sekolah ni ramailah yang membantu sikit-sikit. Aktivit keluarga bila berkesempatan.



2 Comments

  1. alahai...comel nya...
    DIY lagi menjimatkan..sebenarnya byk lagi yg kita boleh buat sendiri klu kita rajin kan..

    ReplyDelete