Pengalaman Mengambil Madu Kelulut
Aktiviti yang dah lama akak tinggalkan. Baru-baru ni sebelum musim hujan menjadi-jadi di utara ni, akak ada ikut en hubby mengutip madu kelulut dari sarang milik kami sekeluarga. Dah agak lama juga, hampir setahun madu daripada sarang-sarang ni tidak diambil. Oleh kerana lokasi yang best untuk pemeliharaan kelulut ni, seperti dijangka memang penuh dengan hasil madu yang dah agak matang. Warna dan kelikatannya memang lain sedikit dan rasanya agak sedikit lebih masam daripada biasa.
Leka tau sedut madu. Guna pam khas untuk sedut madu-madu tu sebab kantung simpan madunya banyak. Kalau buat manual sehari semalam tak habis.
Sebahagian daripada kantung madu dah diproses.
Korang tengok warna madu yang masuk dalam saluran tu, agak gelap warnanya sebab madu dah agak matang. Siap berpisau lagi...hehehe sambil sedut madu sambil bersihkan benda-benda yang menyebabkan sarang jadi rosak.
Ada yang tanya akak , tak kena ketip ke dengan kelulut tu? Kalau korang nak tahu kena ketip-ketip manja je. Kelulut walaupun sama spesis lebah tapi kelulut tak gigit pun. Kalau dia mengganas sebab diganggu cuma melekat kat rambut en hubby, kat baju kat seluar....tapi kalau yang tak mengganas tu okay je.
Kenapa kelulut mengganas ?
Ada beberapa situasi yang akak nampak bila kelulut akan mengganas. Antaranya bila dipindahkan lokasi sarang, bila ada sarang lain yang berhampiran. Ada juga yang tak bagi kita ambil madunya. Tapi takde lah sampai gigit korang. Cara nak elakkan bila keadaan ni berlaku, biasanya en hubby semburkan minyak wangi aje. Bila kena semburan minyak wangi tu, terlerai lah dan masing-masing terbanglah ke tempat lain. Sarang pula kalau nak ubah tempat, biasanya akan buat pada waktu malam. Kenapa malam ? Pada waktu malam biasanya kelulut-kelulut ni dah masuk ke sarang semula. Jadi bila pindah lokasi takde lah kelulut yang tak jumpa sarang semula.
Mula-mula dulu akak tergelak juga bila en hubby bagitahu tentang kelulut sesat tak jumpa sarang. Tapi bila dah tengok sendiri aktiviti dan tabiat kelulut ni baru faham. Kat rumah pun ada beberapa sarang yang sengaja kami biarkan. Seronok tengok kelulut berterbangan. tapi kenalah pastikan persekitaran ada sumber makanan sang kelulut ni.
Seronok tau buat kerja ni. Jenuh jugak nak habiskan satu sarang. Alhamdulillah rezeki.
Akak pernah share khasiat madu kelulut sebelum ni. Korang boleh baca kat sini :
http://www.azirahman.com/2015/06/Yang-asli-adalah-yang-terbaik-madu-kelulut-asli.html
http://www.azirahman.com/2015/02/292015-kelulut-madu-asli.html
http://www.azirahman.com/2016/02/mengutip-madu-cara-semulajadi.html
6 Comments
Sedap madu kelulut Kan. Khasiatnya pun byk
ReplyDeletewah!teruja pulak kita tengok!hehe
ReplyDeleteAllahu, bestnya. Saya pun belum sempat nak buat camni :D
ReplyDeleteSA baru jer beli madu kelulut sebotol..memang madu tulin..rasaya ada sedikit masam..pekat dan likat..SA dah tak batuk since amalkan madukelulut ni kak azi
ReplyDeleteSuami Sis uka sangat madu kelulut ni, haritu beli dengan kawan ..
ReplyDeleteLain dari yang lain kan...
Ohhh macam ni rupanya cara menyedut madu kelulut..syok pulak nengok
ReplyDelete