29/2015 : Kelulut Madu Asli

Thursday, February 05, 2015

Korang suka makan madu?
Madu merupakan salah satu makanan sunnah. Elok diamalkan tidak kira usia.
Kat rumah memang sentiasa ada stok madu.  Anak2 akan makan bersama roti  atau campurkan sedikit dlm air suam dan minum.  Irfan suka makan bersama campuran telur separuh masak...terutama kalau dia diserang batuk selsema. Syafiah dan Amira makan berselang hari...sesudu sekali makan. Adik Wan bila selsema aku akan bagi dia makan madu bercampur habatussaudah....cepat leganya.  Alhamdulillah yg asli itu terbaik.....

Aku dan suami buat campuran madu, perahan lemon, cuka epal --- sebagai detox. Sehari sesudu. Badan rasa sihat bertenaga, cergas...tak la cepat letih seharian bekerja.

Korang pernah dengar madu kelulut?...Kelulut ni adik beradik lebah tp spesis yg lebih kecil.  Dia tak la menyengat macam lebah. Madu yg dihasilkan adalah lebih bermutu tinggi. En hubby sedang dlm proses mencuba memelihara kelulut utk penghasilan madu. Tak banyak ...masih dlm proses mencuba..


See....kecil jer saiznya. Ni yg di rumah. Siang hari korang boleh tengok kelulut ni bekerja mencari rezeki.  Ada juga saiz yg besar sikit dpd yg ni.

Habitat kelulut ni lain sikit. Kelulut suka tinggal di tunggul2 kayu. Jadi untuk memudahkan, hubby buat rumah kotak daripada kayu utk pelindung koloni kelulut.  Kelulut bekerja cepat....tak sampai seminggu boleh nampak kantung2 yg mengandungi madu dibina.


Kotak ni habitat baru kelulut. Di bawahnya tunggul kayu..habitat asal.  Tujuan pindahkan adalah utk memudahkan pengambilan madu. Kalau dia dok dlm tunggul kayu tu jenuh la nak memotong kayu tu pulak.



Corong yg dibuat sendiri oleh sang kelulut. Laluan keluar masuk.


Sarang kelulut. Yang ni masa awal dipindahkan. Belum ada lagi kantung2 madu. Yg nampak butir2 putih tu hubby kata telur nya.

Mencuba sesuatu yg baru.....bukan mudah sebenarnya utk mendapatkan madu asli. Patut la harganya pun boleh tahan. 



You Might Also Like

0 comments

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook