Singgah Sebentar Di Masjid Cina Negeri Melaka
Bila orang Melaka balik kampung dah serupa macam pelancong juga. Almaklum akak ni dah tinggalkan negeri tercinta dah hampir 20 tahun bila mula bekerja dan merantau ke tempat orang. Tapi bak kata orang lama - tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tanah tempat tumpah darah sendiri kan. Biarlah akak melancong di negeri sendiri sebab akak bangga menjadi Anak Melaka.
Sebenarnya masjid ni dah mula beroperasi sejak tahun 2014 lagi. Bila balik kampung, jarang meronda lokasi ni walaupun tak kewujudannya. Rezeki Aidil Adha lepas kami sekeluarga dapat peluang singgah solat di sini sebelum bergerak balik ke utara.
Lokasi Masjid Cina Negeri Melaka ini terletak dalam mukin Kerubong, berhampiran dengan Kompleks Sukan Hang Jebat dekat Paya Rumput. Seni bina dan hiasannya menampilkan seperti sebuah istana lama di negeri China. Masjid ini merupakan masjid yang ketiga selepas Masjid Muhammadiah di Ipoh dan Masjid Cina di Rantau Panjang Kelantan, yang dibina bercirikan senibina sebegini.
Bertambah unik lagi masjid ini bila mana terdapat dua menara pagoda yang menjadi mercu tanda masjid. Memang menarik dan cantik. Bertambah lagi lokasi untuk persinggahan wajib sekiranya datang ke negeri Melaka.
Masjid Cina Negeri Melaka
Sebenarnya masjid ni dah mula beroperasi sejak tahun 2014 lagi. Bila balik kampung, jarang meronda lokasi ni walaupun tak kewujudannya. Rezeki Aidil Adha lepas kami sekeluarga dapat peluang singgah solat di sini sebelum bergerak balik ke utara.
Pemandangan dari pintu masuk luar. Cantik dan persekitaran yang terjaga. Memang rasa macam ke negeri China pulak
Lokasi Masjid Cina Negeri Melaka ini terletak dalam mukin Kerubong, berhampiran dengan Kompleks Sukan Hang Jebat dekat Paya Rumput. Seni bina dan hiasannya menampilkan seperti sebuah istana lama di negeri China. Masjid ini merupakan masjid yang ketiga selepas Masjid Muhammadiah di Ipoh dan Masjid Cina di Rantau Panjang Kelantan, yang dibina bercirikan senibina sebegini.
Bertambah unik lagi masjid ini bila mana terdapat dua menara pagoda yang menjadi mercu tanda masjid. Memang menarik dan cantik. Bertambah lagi lokasi untuk persinggahan wajib sekiranya datang ke negeri Melaka.
Budak ni memang suka sangat bergambar dengan pelbagai gaya. Dari pintu masuk masuk ke bahagian lelaki. Ada orang berjualan di bahagian hadapan. Ada juga ruang untuk berehat sambil menikmati persekitaran di sini.
Cantik sangat pemandangan di masjid ni. In sya Allah nanti nak singgah lagi.
Untuk korang yang nak singgah, akak share kan lokasinya. Mudah sangat kalau korang ikut laluan tol Air Keroh .
12 Comments
Selalu juga bercuti dekat melaka. Tapi tak tahu pula pasal tempat ni.. Cantikkk!
ReplyDeleteLepas ni bolehlah singgah kat masjid ni.
DeleteAkk asal Melaka ke hehehe baru tahu
ReplyDeletehehe...ye la Linda...anak bumi hang tuah ni :)
Deletebelum diizinNya sampai ke sini lagi, Subhanaallah cantik sungguh senibina nya kan azie :)
ReplyDeleteYe betul cantik senibinanya...rasa macam berada di negeri China pulak.
DeleteCantiknya masjid ini, rupanya macam nak sama dengan masjid ke Rantau Panjang. Nanti bila ke Melaka nak singgahlah.
ReplyDeleteAda satu lagi di Ipoh kalau tak silap yang punyai senibina sebegini.
DeleteIndahnya masjid ni
ReplyDeleteCantik dan tenang suasana kat sini
Deletemasjid ni lawa. tapi tak pernah sampai lagi.. dok tengok orang share ja =D
ReplyDeleteHarap2 nnt dpt singgh sini jugak
ReplyDelete