Bila Ada Anak Perempuan
Bila Ada Anak Perempuan
Anak sulung saya Allah beri seorang perempuan.
Jujur
Masa dia kecil kecik dulu
Tak rasa sangat cabarannya
Tapi bila dah besar makin terasa cabarannya
Mak sentiasa pesan,
Ada anak perempuan jangan ambil mudah..
Jangan buat tak endah
Tanggungjawab nya berat
Tugasnya amat besar
Jaga anak perempuan tak sama dengan anak lelaki
Bila ada anak perempuan
Anak perempuan jangan dibeli pakaian seksi seksi
Bukanlah mahu diajar anak bertudung litup
Tapi cukup mengajar anak berpakaian sopan.
Tidak terdedah sana sini
Tidak ketat menonjol
Ajarkan mereka erti malu
Ajar pakai yang sopan sopan
Besederhana menikmati zaman kanak kanak
Bila ada anak perempuan
Tak boleh dibiar tidur sana sini
Harus diajar tidur setempat di dalam bilik
Bahayanya ada dimana mana
Jangan percaya kepada sesiapa
Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka sentuhan selamat
Ajarkan mereka sentuhan tidak selamat
Jangan biarkan anak berseorangan
Sentiasa temani mereka
Biar kita susah hari ini
Dari menangis dikemudian hari
Bila ada anak perempuan
Ajarkan mereka tentang harga diri
Ajar mereka untuk sayang diri sendiri
Kerena diri mereka sangat berharga
Bila ada anak perempuan
terangkan kepada mereka tentang haid,
dan kehamilan bila mereka sudah baligh
Usah malu untuk memberi ilmu
Bimbang mereka cari di tempat salah
Bila ada anak perempuan
Pilihlah rakan untuk mereka
Kenali juga siapa kawan mereka
Rakan yang baik menjadi penguat
Rakan yang nakal menjadi pemusnah
Bila ada anak perempuan
Selalu lah diperiksa handphone mereka
Apa yang dikongsi
Apa yang ditulis
Ambil tahu
Bila tiba saat kau lepaskan mereka-Hidup berjauhan
Sentiasa ingatkan mereka
Jagalah diri baik baik
Jagalah maruah diri
Jagalah maruah keluarga
Biarlah orang kata kita kolot
Biarlah orang kata kita syadid
Bila ada anak perempuan
Berdoalah,
Mohon dijaga kehormatan diri mereka
Mohon dijaga keselamatan mereka
Moga moga Allah jaga dan lindung..
Perkongsian utk kita bersama ibu ayah
Credit Puan Farhan
** perkongsian ini akak terbaca di fb pagi tadi. Menarik sebagai peringatan untuk kita bersama. Ada benarnya membesarkan anak-anak perempuan sekarang ni agak mencabar. Anak lelaki juga tidak mudah. Akak ada kedua-duanya anak-anak lelaki dan juga perempuan. Belajar jadi kawan mereka supaya mudah kita mendekati dan mereka juga tidak berasa jauh dengan kita .
Moga Allah permudahkan segalanya dan moga anak-anak ini menjadi insan-insan berguna di dunia mahupun di akhirat nanti.
7 Comments
Betul2,, senang cerita melentur buluh biarlah dari rebungnya.. Ajar yang baik, baik lah jadinya.. Ajar yang salah, salah lah jadinya kan sis..
ReplyDeleteApapun, jom singgah blog ekin untuk baca entry ni..
https://asyiqinroslee.blogspot.com/2018/08/bercuti-di-bayu-beach-resort.html?m=1
Setuju sangat
DeleteNani belum berpeluang lagi nak rasa didik anak sendiri tapi bila baca ni dapat bayangkan lah macam mana. Lagi lagi kalau jauh dengan family memang risau hati mak ayah. Ibu Nani pun selalu pesan jaga diri elok elok, nak berkawan pun tengok orangnya macam mana.
ReplyDeleteBila kita dah dewasa dan nanti berkeluarga, memang akan lalui apa yang pernah ibu ayah kita lalui..masa tu Allah syukur sangat bila kita bukan di kalangan yang menyusahkan ibu ayah. Jasa mereka tak terbalas.
DeleteSemoga para ibu bapa berfikiran macam Kak Zi
ReplyDeleteIn Sya Allah. Semua ibu ayah nak yang terbaik untuk anak-anak mereka.
DeleteBetul tu..kerana ada riwayat/sumber (tak ingat), pada waktu kedatangan dajjal, bapa2 akan ikat anak perempuan mereka di rumah, sebab dahsyat fitnah yang di bawa. Bukan untuk menidakkan perempuan, tapi semata perempuan dan lelaki kena sama2 jaga dari fitnah tersebut
ReplyDelete