Semalam dikhabarkan, mulai tahun hadapan semua pelajar sekolah boleh memakai kasut hitam ke sekolah.  Berita baiklah untuk kebanyakan ibu bapa kan.  Akak tak kisah kasut hitam atau pun putih. Kalau putih, lebihlah sikit kerja nak menjaga kebersihannya tambah-tambah si anak yang tak berapa nak rajin basuh kasut.  Kalau hitam pulak, masih lagi perlu dijaga kebersihan nya tambah-tambah anak lelaki yang kalau bermain bukan main lasak lagi.


kasut hitam untuk pelajar sekolah, pelajar sekolah, dr maslee


Sepanjang keempat-empat anak akak bersekolah ni, abang irfan dan amira memang dari sekolah rendah perlu memakai kasut hitam.  Cuma adik wan dan kakak sahaja yang masih berkasut putih.  Yang seronok dengan berita semalam ialah adik wan, katanya tak payah dah basuh kasut ...hahaha....jangan ingat si hitam pun tak perlu basuh yer...

Apapun, kemudahan dan kebenaran yang diberikan oleh kementerian ini, gunakanlah dengan sebaiknya.  Yang pentingnya anak-anak terus cemerlang dan bersungguh-sungguh mencari ilmu dunia akhirat.