Kasut Putih Kasut Hitam
Semalam dikhabarkan, mulai tahun hadapan semua pelajar sekolah boleh memakai kasut hitam ke sekolah. Berita baiklah untuk kebanyakan ibu bapa kan. Akak tak kisah kasut hitam atau pun putih. Kalau putih, lebihlah sikit kerja nak menjaga kebersihannya tambah-tambah si anak yang tak berapa nak rajin basuh kasut. Kalau hitam pulak, masih lagi perlu dijaga kebersihan nya tambah-tambah anak lelaki yang kalau bermain bukan main lasak lagi.
Sepanjang keempat-empat anak akak bersekolah ni, abang irfan dan amira memang dari sekolah rendah perlu memakai kasut hitam. Cuma adik wan dan kakak sahaja yang masih berkasut putih. Yang seronok dengan berita semalam ialah adik wan, katanya tak payah dah basuh kasut ...hahaha....jangan ingat si hitam pun tak perlu basuh yer...
Apapun, kemudahan dan kebenaran yang diberikan oleh kementerian ini, gunakanlah dengan sebaiknya. Yang pentingnya anak-anak terus cemerlang dan bersungguh-sungguh mencari ilmu dunia akhirat.

10 Comments
setuju sangat kalau guna kasut hitam. taklah susah sangat nak menyental bagi hilang kotor mcm kasut putih. xD
ReplyDeletebetul tu.
Deletei pun rasa senang bila dengar hal kasut hitam ni. tak perlu nak sediakan stock kasut putih.. Lega.. socks pun hiram lah gamaknya.
ReplyDeletebiasanya kasut hitam sock mesti hitam juga.
Deletebetul jugak kn, kasut hitam ni x leceh sgt nak jaga,,
ReplyDeletekurang la sikit, tapi kalau anak jenis melasak...yang hitam pun leh jadi kelabu nanti.
DeleteHabis la bisnes kapur kasut putih pasni, talk OK la sensing Mak cuci
ReplyDeletepelan-pelan tukar kapur hitam atau kiwi hitam
DeleteTahan la kehitaman tu selama seminggu kan. Hehe...
ReplyDeleteanak akak kata - kasut hitam tak payah basuh tiap2 minggu, tapi kasut putih pun bukannya dia basuh setiap minggu pun...hehhe
Delete