Dah lebih seminggu beraya baru sempat nak bercerita pasal raya.  Rayakan sebulan, sementara sempat baik akak kisahkan minggu pertama raya kami anak beranak. Sambutan raya kali ni adalah yang paling simple rasanya bagi akak sekeluarga.  Keperluan anak-anak memang sebelum puasa dah siap. Oleh kerana kami plan nak beraya di Perak dulu, makanya akak pun terus bekerja sampai sehari sebelum raya.

Hari Khamis memang agak kalut jugaklah sebab en hubby menggalas tugas menyediakan juadah hari raya.  Berbahagi tugaslah kami berdua, en hubby ke pasar beli ayam, daging dan akak pergi mengambil tempahan ketupat palas. Tahun ni order aje ketupat palas, tak sempat nak membuatnya. Balik rumah sambil bergotong royong dengan en hubby memasak rendang ayam dan daging, sambil-sambil bagi arahan kat anak-anak mengemas mana yang patut.  Macam ni lah bila rumah kampung takde siapa yang tinggal, raya baru nak balik.  Sebelum tu, ada adik beradik ipar yang lain dah pulang untuk bersihkan rumah kampung.

selamat hari raya, aktiviti hari raya,raya bersama keluarga

Muka penat tapi semangat nak balik kampung. Full house satu kereta.


Kami sampai ke kampung en hubby di Bagan Serai pun dah hampir jam 530 petang.  Kalut pulak menyediakan serba ringkas juadah berbuka memandangkan yang lain-lain belum sampai lagi. Yang ada hanya MIL dan abang ipar sahaja.  Macam lipas kudunglah kami anak beranak. Kemas mana yang patut aje.

Malam raya masing-masing dah penat, teringat iklan raya Yakult lakonan Nabil Ahmad, Fara Fauzana dan beberapa orang lagi yang bila sampai kampung tempat pertama yang direbut ialah depan tv.  Haaa...macam tulah kami adanya. Siap bentang toto dan susun bantal  depan tv.  Yang best lagi iron baju pun depan tv jugak.  Malam tu memang tidur ala-ala lena sebab en hubby dan ipar duai lain sibuk tengok Piala Dunia pulak. Aduhai........

Raya Pertama


Kami beraya di kampung en Hubby - Bagan Serai Perak.  Pagi raya akak pas kan sikit-sikit kerja pada yang lain sebab letih semalam pun tak hilang lagi.  Tak kemana kami memandangkan hari Jumaat, depa nak pi solat Jumaat pulak.  Petang tu keluarga pak sedara datang ruma, beraya dulu dengan mereka sebelum akak buat rutin biasa ke rumah teman lama yang tak jauh sangat dari rumah mil.  En Hubby bagitau nak bergerak balik kampung akak tengah malam nanti, okay I follow....berkemas pulak lah mana yang patut.  Tengah malam bergeraklah kami ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Best je memandu sebab takde jem.

selamat hari raya, aktiviti hari raya,raya bersama keluarga

Anak-anak dan anak-anak saudara dah besar-besar dah semua. Ni hanya 3 keluarga saja, kalau ada semua memang penuh frame. Tumpang sandar-sandar kereta pun jadilah...


Raya Kedua


Subuh-subuh lagi kami dah sampai di RnR Jejantas Air Keroh.  Rasa macam syahdu je bila sampai negeri sendiri ni. Rindu sangat ! Rehat-rehat sekejap, anak-anak pun dah lapar, singgah dulu cari sarapan sambil ambil angin kampung.  Hampir seharian juga kat rumah abah dan mak de.  Akak jarang sekali bermalam di sini, tak mahu ganggu keluarga mak de, alhamdulillah syukur dapat jumpa abah yang masih sihat.  Sembang dari sampai, macam-macam cerita keluar, kata orang cover masa hampir setahun tak jumpa. Lepas tu akak lepak kat tempat biasa. Malam lepas mengisi perut kat McD, akak rehat aje kat bilik sambil layan tengok gambar raya kawan-kawan post sementara anak-anak pergi tengok wayang.  Layankan je la...lagipun semua lokasi berdekatan saja.

selamat hari raya, aktiviti hari raya,raya bersama keluarga

Mak ngan anak dara.  Dah boleh kongsi-kongsi baju dan kasut. Suka sangatlah buat macam-macam gaya. Mak ko ikutkan aje. Rumah atok ngan mak de ni dekat dengan pantai, berangin dan panas sedikit.


selamat hari raya, aktiviti hari raya,raya bersama keluarga

 Pandangan dari tingkat 20.  Akak suka kat sini walaupun banyak lagi yang baru-baru muncul bagai cendawan

Raya Ketiga


Memandangkan cuti tak lama sebab abang irfan nak kena balik kolej pada raya ke 5, maka akak pun tak sempatlah berkunjung ke rumah rakan taulan. Yang penting, sempat jumpa adik beradik.  Sebelum bergerak keluar dari negeri Melaka, singgah dulu rumah kak long.  Dapat jumpa kak long dan abang long saja, anak-anak saudara dan cucu-cucu saudara semua dah balik ke rumah mertua masing-masing.  Kalau tak mesti riuh.

Disebabkan malas nak menempuh kesesakan lalu lintas, kami bermalam pula di Port Dickson.  Menginap di Admiral Avillion Cove. Yang ni nanti akak buat entry lain. Cerita sikit-sikit jer, tempat agak menarik. Anak-anak tanya ibu buat review ke hotel ni?  Takde la nak...takde siapa nak bagi ibu review hotel ni....tapi nanti ibu cerita tentang hotel ni, mana lah tau kemudian hari boleh dapat free review pulak.

selamat hari raya, aktiviti hari raya,raya bersama keluarga

Pandangan dari bilik kami. Ada kapal layar, tapi boleh tengok je la.  Budak-budak ni nampak kolam je.

Raya Keempat


Bagi peluang anak-anak berendam dalam kolam sampai dekat waktu check out.  Ada satu lagi destinasi nak singgah. Rumah abang pulak di Puncak Alam.  Adik beradik akak empat orang aje.  Cuma kak ngah yang tak sempat jumpa. Dia beraya di rumah mertua di Pahang, keluar daripada laluan akak. Lain kali boleh jumpa. Anak-anak akak kalau singgah di rumah abang memang susah nak ajak balik.  Ramai rakan sebaya dan seronok jumpa sepupu sepapat kat sini.  Cadang nak gerak lepas maghrib, jadinya lepas isya belum gerak-gerak lagi.  Dalam jam 930 malam barulah bergerak pulang.  Akak ambil turn memandu. Since awal lagi takdelah mengantuk so memandulah akak sampai ke kulim dengan satu pit stop sahaja. Lebih kurang jam 130 pagi sampai kat rumah. 

Rarya Kelima


Bila dah berjalan, dah tentu-tentu baju berkoyan nak kena basuh.  Cuaca pulak macam mendung-mendung suruh rehat. Disebabkan malamnya nak kena hantar abang irfan balik kolej, gagah jugaklah  basuhkan baju-baju dia dulu. Mesin yang basuh.  Mujurlah kolej tak jauh daripada rumah, senang bangat ! Lunch pun masak yang mudah-mudah saja.  Dah sampai rumah baru terasa letih.  Memang mengemas ajelah seharian tu.

Raya Keenam


Dah tinggal 5 ahli dalam keluarga.  Dapat jemputan rumah terbuka dari kawan yang dah lama sangat tak jumpa, hampir 17 tahun.  Kakak senior masa belajar dulu.  Maka bergeraklah kami ke Baling, dalam sejam lebih juga perjalanan.  Seronok dapat jumpa. Kami ni kalau keluar aje rumah, memang bukan satu tempat ajelah diterjah, mesti singgah sana sini. Kata orang sambil menyelam sambil minum air.  Lepas rumah terbuka, kami ke pekan Baling sebab en hubby nak cari beberapa perkakas untuk memasak.  Haa....kat rumah akak ni kalau perkakas memasak biasanya en hubby yang cari, akak guna aje. 

Di pekan Baling ada beberapa kedai yang menjual macam-macam perkakas dapur dengan harga yang berpatutan.  Nak cari kuali, periuk belanga...kalau dah ke utara, mailah singgah pekan Baling ni. Penuh bonet kereta korang nanti! Dah dapat yang dihajati, bergerak pulang tapi sebelum tu singgah dulu rumah parent kak ipar en hubby.  Pekena dulu mee hokkien sambil-sambil bersembang.  Rumah biras en hubby ni di hadapannya ada buka kedai makan pelbagai jenis mee. Sambil-sambil tu dok kerling jugak pokok durian yang tengah lebat buahnya tapi belum gugur lagi.  Kerling dulu....ada harapan singgah lagi nanti !


Raya ke tujuh - akak dah mula masuk ofis.  Biasalah bila masuk ofis lepas cuti yang panjang, memang lemau sangat.  Pelan-pelan clearkan email yang berlambak.

Gitulah raya akak sefamily.  Masa yang singkat memang kena plan betul-betul. 

Korang masih beraya lagi ke? 

5 Comments

  1. cantik view kaaaak.. hehe salam aidilfitri. haruslah disambut meriah kan sebab sungguh setahun hanya sekali =)

    ReplyDelete
  2. wah nampak meriah raya.. selamat hariraya ye

    ReplyDelete
  3. wahhh best rayaaa kak azi. kemain posing hahaha. comel comell!

    btw, jemput join segmen blog kc kak :D

    ReplyDelete
  4. macam-macam cerita Raya ya kak azi...setiap orang Ada cerita tersendiri

    Bila kedua ibubapa dah Tak Ada adik beradik lah penawar rindu kan

    Selamat Hari Raya Aidilfitri kak azi Dan sekeluarga

    ReplyDelete
  5. wah. puas nyer beraya gini, azi.
    alhamdulillah...

    ReplyDelete