Sebut pasal ayam goreng, sapa je yang tak suka kan ! Ayam goreng ni memang kegemaran anak-anak.  Biasanya akak goreng gaul garam kunyit macam biasa.  Sesekali buatlah ayam goreng berempah.  Anak-anak selalu request nak ayam goreng ala-ala KFC tapi biasanya tepung salut serba guna yang akak beli, jarang menepati citarasa.  

Sampailah satu hari bercuti kat rumah abang. Kakak gorengkan ayam ala KFC dan em suami terus suruh tanya kakak guna tepung apa.  Haa....bila en suami a.k.a mr chef tu dah tanya, maknanya dah jumpa yang kena dengan selera. 

masak mudah, ayam goreng sedap, ayam goreng kfc


Korang nak tahu tak? Ni ha akak sharekan tepung yang digunakan oleh kakak ipar akak tu. Kakak guna campuran tepung goreng rangup serbaguna Bestari. Nak guna pun senang sangat. Lepas basuh ayam, tos kejap. Lepas tu gaulkan saja dengan campuran tepung goreng rangup serbaguna Bestari ni. Gaul tebal sikut pun sedap !

masak mudah, ayam goreng sedap, ayam goreng kfc


Lepas gaul gorengkan dalam minyak panas.  Hasilnya memang best! Kalau tak nak makan nasi, kami goreng ayam, goreng kentang dan makan ala-ala di KFC.  Hmmm....semuanya boleh buat di rumah aje sekarang ni. Yang bestnya jimat!!! Sepanjang ramadhan setakat ni, belum lagi kami berbuka diluar, lebih selesa di rumah saja.  

Lepas ni akak pun dah buat stok tepung ni kat rumah. Senang kan...