Sebut pasal ayam goreng, sapa je yang tak suka kan ! Ayam goreng ni memang kegemaran anak-anak.  Biasanya akak goreng gaul garam kunyit macam biasa.  Sesekali buatlah ayam goreng berempah.  Anak-anak selalu request nak ayam goreng ala-ala KFC tapi biasanya tepung salut serba guna yang akak beli, jarang menepati citarasa.  

Sampailah satu hari bercuti kat rumah abang. Kakak gorengkan ayam ala KFC dan em suami terus suruh tanya kakak guna tepung apa.  Haa....bila en suami a.k.a mr chef tu dah tanya, maknanya dah jumpa yang kena dengan selera. 

masak mudah, ayam goreng sedap, ayam goreng kfc


Korang nak tahu tak? Ni ha akak sharekan tepung yang digunakan oleh kakak ipar akak tu. Kakak guna campuran tepung goreng rangup serbaguna Bestari. Nak guna pun senang sangat. Lepas basuh ayam, tos kejap. Lepas tu gaulkan saja dengan campuran tepung goreng rangup serbaguna Bestari ni. Gaul tebal sikut pun sedap !

masak mudah, ayam goreng sedap, ayam goreng kfc


Lepas gaul gorengkan dalam minyak panas.  Hasilnya memang best! Kalau tak nak makan nasi, kami goreng ayam, goreng kentang dan makan ala-ala di KFC.  Hmmm....semuanya boleh buat di rumah aje sekarang ni. Yang bestnya jimat!!! Sepanjang ramadhan setakat ni, belum lagi kami berbuka diluar, lebih selesa di rumah saja.  

Lepas ni akak pun dah buat stok tepung ni kat rumah. Senang kan...

11 Comments

  1. SA memang guna tepung ni kak kalau nak goreng ayam..sedap sangat..kalau nak ayam lagi juicy, 2-3 jam sebelum goreng rendam ayam tadi ngan air garam..nanti dah goreng bahagian dada pun jadi juicy kak..cuba la..

    ReplyDelete
  2. tepung ne wajib ada kat rumah. MB pun suka guna senang dan sedap :)

    jemput datang ke blog MB https://missbaybeeboo.blogspot.com/ dan join giveaway. TQ^^

    ReplyDelete
  3. Omg terliur tengok ayam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengah lapar memang terliur la zumal....

      Delete
  4. biasa tgk tepung bestari ni kat family store.
    tapi tak pernah beli.
    wah simple ekk? boleh la beli buat stok.
    Izzat memang peminat ayam goreng.

    ReplyDelete
  5. selalu gak suruh bini masak camgini.

    lagipun, bukan susah mana pun kan. hoho..

    ReplyDelete