Tips Pemakanan Yang Betul Untuk Badan Yang Sihat
Badan yang sihat menjanjikan perjalanan harian yang cergas dan lancar. Untuk menjadi sihat kita perlukan mengambilkira dan menjaga pemakanan harian kita. Untuk mendapatkan badan yang sihat, kenalah amalkan pemakanan yang seimbang. Bagaimana untuk pastikan kita telah memilih pola pemakanan yang seimbang? Moh akak sharekan tipsnya.
Tips Pemakanan Seimbang
1. Enam Hidangan Ringan Sehari
Boleh je nak makan, jangan buat crush diet. tapi makan dengan betul. Hidangan ringan tu misalnya bunh-buahan. Korang spare kan buah-buahan atas meja. Bila rasa lapar, kunyah je la. Buah-buahan kan memudahkan sistem pembuangan. Lepas makan, mesti korang kerap membuang! Hidangan ringan ini membantu mengurangkan rasa lapar disamping mengekalkan tenaga dalam badan.
Letak gambar piramid pemakanan ni kat ruang dapur, bila nak sediakan makanan, boleh tengok.
2. Diet Yang Seimbang
Amalkan makan mengikut keperluan piramid pemakanan. Setiap hidangan ada bekalan zat yang diperlukan. Kena usaha cuba sungguh-sungguh. Mula-mula memang akan rasa macam tak cukup tapi sebenarnya memang dah lebih daripada cukup kalau kita mampu ikut piramid pemakanan tu.
3. Minum air 8-10 gelas sehari
Untuk mengekalkan kesihatan dan memberi tenaga kepada kita dalam mejalankan kerja-kerja seharian, badan kena kena sentiasa berada dalam keadaan hidrat. Akak akan pastikan bawa bekalan air mineral 2 botol 600ml setiap hari ke pejabat. Cuba habiskan sebelum pulang. Memang lawas jadinya !
4. Satu hari bebas setiap minggu
Kalau kita dapat ikut keperluan 1-3 setiap hari, apa salahnya sehari dalam seminggu kita beri kebebasan untuk makan apa sahaja yang menarik minat kita. Beri ganjaran lebih setiap minggu. Bila dah biasa dengan rutin begini, walaupun ada hari ganjaran sehari dalam seminggu, kita rasa makan sikit-sikit pun dah cukup.
Untuk kekal sihat kenalah berusaha lebih sikit. Seiring dengan peningkatan usia, kena berjaga-jaga jugalah. Korang yang muda-muda pun jangan abaikan kesihatan badan korang, jangan sampai berlebihan.
7 Comments
Kalau zumal bab air je mencukupi, yang lain huru-hara
ReplyDeletesama lah zumal oooiii
Deletemari mulakan pemakanan sihat
ReplyDeletejom...tapi kadang-kadang terbabas jugak
Deletenak mium air kosong 8 gelas sehari tu mmg susah betul la.
ReplyDeletebetul tu kak yan....tak larat lepas tu asyik melawat bilik kecil ja..
Deletediet yang seimbang memang agak susah nak diimbangkan.
ReplyDeleteJanji Kita