Resepi Lepat Labu Manis
Kalau takde idea nak buat apa untuk minum petang, cuba korang buat lepat labu. Sedap tau. Dalam family akak ni, memang suka makan kuih lepat. Tak kiralah lepat labu, lepat pisang, lepat liat dan sebagainya yang bernama lepat. Kalau dulu akak dengan hubby ja yang makan, so kami beli jelah tapi sekarang ni semua suka, kenalah belajar buat.
Tak susah pun sebenarnya nak buat lepat labu ni. Akak pernah share resepi masa pertama kali buat dulu di SINI. Kali ni akak ubah sikit resepinya. Korang boleh cuba salah satu , rasanya kali ni lebih berlemak sedikit berbanding dengan sebelumnya.
Resepi Lepat Labu Manis
Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula - boleh tambah ikut manis yang korang nak
1/2 sudu teh garam halus
1/2 cawan santan (jangan pekat sangat)
Air - agak-agak jangan sampai bancuhan jadi cair pulak.
* Bancuhan jangan terlalu lembek, jangan sampai keras. Agak-agak macam buat cekodok pisang tu.
Bahan B:
1/2 biji labu manis - rebus agak lembek dan lenyek
Bahan C:
1/2 biji kelapa parut - gaulkan dengan sedikit garam
Daun pisang secukupnya - dilayur
Cara penyediannya memang mudah.
1. Campurkan bahan A dengan bahan B. Gaul rata, jangan ada yang berketul-ketul.
2. Letakkan sesudu lebih kat atas daun pisang.
3. Letakkan inti kelapa.
4. Lipat daun pisang.
5. Masukkan dalam kukusan yang telah dipanaskan.
Bancuhan yang telah sedia.
En hubby pun nak cuba melipat.
Dah siap. Boleh kukus. Kuih lepat ni kalau tak habis, boleh panaskan semula. Tak lama lagi bulan Ramadhan menjelang tiba, boleh juga buat ni untuk dijamu ketika berbuka puasa. Anak-anak kecil pun boleh makan sebab ianya lembut.
10 Comments
Xpeenah lagi makan... Slalu buat serawa ja.. Bole try nnt
ReplyDeleteCuba buat, senang aje caranya.
DeleteSedapnyaaa kak Azi :)
ReplyDeletesedapp nani. Kena cuba buat tau. Selalu beli sebiji labu tak tahu nak bagi perabih camna...buat kuih sekejap je habis.
DeleteTerliurnyer Zumal tengok lepat tu...
ReplyDeletenanti zumal cari noh...
Deletememang sedap Azi, cuma ana tak tahan makan labu cepat kembung perut pulak, teringin sangat tengok lepat labu Azi ni :)
ReplyDeletesesekali makan okay lah ana. Nipun sebb nak bagi perabih labu sebelum rosak. Bila dah jadi kuih, laju pulak anak-anak makan.
Deletetq share resepi ni.
ReplyDeletemrs pip mmg tengah cari resepi apa saja pasal labu since husband rajin tanam buah labu,
so tetiba banyak la pula stok buah labu , kalau hari2 buat puri labu pun jemu juga, hehe...
selalu makan lepat pisang, nnt nak try la resepi lepat labu ni... siap dah bookmark :))
Ruby dgn husband pun suka kuih yang berkait lepat ni. Lepat labu sedap. Lepat liat pun sedap. Ehh semua sedaplah kak. Hehehehe
ReplyDeleteMudah je buat nya ya.
Rajin hubby menolong lipat sekali. Bonding time ngan isteri 💜