Resepi : Lepat Labu Idaman Kalbu

Monday, May 11, 2015

Lepat Labu Kuning

Korang pernah makan lepat labu? Dulu aku selalu dengar lepat pisang, lepat liat,lepat ubi. Lepas tu hubby aku perkenalkan lepat labu pulak. Ehh!!! Sedap la....

Secara kebetulan, ada lebihan labu kat rumah. Asal cadangnya nak masak lemak ajer. Rebus terlebih lembik pulak tak sesuai untuk masak lemak so takkan nak buangkan? Hubby suruh lenyek ajer, google resepi lepat labu.

Ni resepi yang aku guna : (aku google ajer yer resepi ni....tp korang boleh ubah ikut bahan-bahan yang korang ada - aku kan suka derhaka sikit pada resepi asal. Apapun credit pada tuan punye resepi.....)

Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula - boleh tambah ikut manis yang korang nak
1/2 sudu teh garam halus

Bahan B:
1/2 biji labu kuning - rebus agak lembek dan lenyek

Bahan C:
1/2 biji kelapa parut - gaulkan dengan sedikit garam
Daun pisang secukupnya - dilayur

Cara membuat nya:

bahan-bahan, labu, lepat, tepung,gula,garam

Gaulkan semua bahan A. Kemudian masukkan bahan B. Gaul rata, jangan berketul-ketul yer.

kelapa,cicah,garam, lepat

Sediakan bahan C. 

cara buat

Ambil sesudu besar bahan A dan B tadi. Leper-leperkan sikit. Ambil pula sedikit bahan C letak ditengah-tengah macam dalam gambar.

Lepas tu lipatla daun pisang tu bagi menutup sedikit kelapa yang ditengah-tengah.
Ikut la korang nak saiz lepat tu lebar dan panjang mana. Selesaikan semua bahan yang ada.

Setengah biji labu sederhana besar, aku dapat dalam 15 keping lepat.
Bila dah siap, susun dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

lepat,sedap

Ini la hasilnya. Nampak macam shining shining kan. Campuran tepung gandum dan jagung jadikan lepat ni sedang elok dimakan. Lepas ni tak payah beli dah, dah boleh buat sendiri.

Jom cuba !!




You Might Also Like

8 comments

  1. menjadi elok dan rupa pun cantik... nanti nak try buat untuk buka posa. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila cik T..balik awai bulan pose boleh buat untuk berbuka

      Delete
  2. boleh buat meniaga di bazzar ramadhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. alangkah best nya kalau boleh...

      Delete
  3. pergh, lepat labu. syoknya dapat buat!!

    ReplyDelete
  4. Nampak comel jer lepat labu kak zie ..jom cuba ..nampak sedap

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook