Bila nak update blog....bila nak update blog!
Hati meronta-ronta nak menulis tapi sampai hari ni tak kesampaian lagi nak publish walau satu entry pun. Hampir seminggu sepi. Kesian kat korang-korang yang menjengah masuk mencari entry baru. Ada ke?

Minggu ni agak terbatas aktiviti blog akak. Tugas dan tanggungjawap lain banyak yang perlu diuruskan.  Terlintas satu kisah...tulis dulu di mana-mana, pelan-pelan akak susun jadi satu entry yang sesuai untuk dikongsi.  Mujur ada gadget yang banyak membantu.  Kalau rosak atau hilang memang tak tenteram hidup. 

Kenapa aku sayang gadget aku?


Akak pasti korang pun punyai rasa yang sama macam akak terutama blogger-blogger yang yang  macam akak ni. 

1. Tempan menyimpan segala nota-nota penting yang perlu akak semak semula.
2. Dah jadi diary bergerak untuk mengingatkan benda-benda yang perlu akak buat
3. Tempat simpan segala aplikasi penting yang akak perlukan
4. Reminder pada waktu-waktu solat dan surah-surah yang perlu akak baca setiap hari.
5. Tempat akak pantau lokasi anak-anak

Macam-macam lagi sebenarnya.  Ada yang kata melalaikan. Bergantung kepada tujuan keperluan dan cara korang guna. Mesti kotang pun macam akak kan?

Bila Nak Update Blog !


Selepas jatuh. Beginilah keadaan gadget kesayangan akak ni. Tapi masih berfungsi elok. Biar dulu , kumpul duit nanti boleh baiki.  Selepas kejadian ni, tak berani lagi anak-anak nak guna hp maknya. Walaupun terganggu jugak sesi mengupdate blog, tapi jangan jadikan ianya sebagai penghalang kan!

3 Comments

  1. adududu.. crack teruk jugak tu.. takpe, asalkan kita boleh guna, kita guna lagi ^^

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala rintangan akak nak update blog yer...

    ReplyDelete
  3. sebak rasa bila tengok retak macamtu kan kak? Hp lama pun retak seribu sampai tak boleh nak detect sangat dah jari sebab tu beli baru je tapi tak buang sebab sayang

    ReplyDelete