Bila anak-anak ada kat rumah, stok makanan kena banyak.  Lapar selalu budak-budak ni.  Tapi seronok rasa bila masakan apapun mesti habis semua.  Jarang-jarang sekali berlebih.  Syukur sangat anak-anak bukan jenis makan memilih.  Kalau adik tak suka yang ni, si kakak akan habiskan, atau yang paling senang tak berkira si abang.  Tak pernah menolak apapun yang dimasak.  

Satu hari teringin sangat nak buat kek.  Nampaklah kat anak-anak mak dia tengah google resepi kek, lantas si abang minta ibu buatkan sahaja kek batik.  Ye la, kek yang paling senang untuk dibuat.  Senang-senang pun mak still google resepi yang mana bahan-bahan sedia ada kat rumah.  Mak korang bukan jenis rajin sangat tapi bila virus kerajinan tu datang, memang perut korang kenyang..hehe..


kek mudah disediakan, kek 4 bahan, kek batik sedap, resepi kek mudah


Bahan-bahan Kek Batik


Google punya google jumpa resepi ni.  Tak ingat dah daripada siapa. Terima kasihlah pada yang berkongsi dan akak kongsikan dengan korang yang singgah di sini.  Bahannya boleh dikatakan ada je kat rumah.

2 cawn milo
1 buku butter
1 bungkus biskut marie
1/2 tin susu pekat

Caranya juga mudah.  
Cairkan butter, masukkan susu pekat, masukkan milo. Kacau sampai cair dan tidak berketul-ketul milonya.  Biskut marie tadi terlebih dahulu dipatah-patahkan kepada 4 bahagian. Kalau rasa kecil, patah dua sahaja.  Akak campur-campurkan, ada yang patah dua, ada yang patah empat.  Susu pekat terpulang pada korang, nak manis masukkan lebih sedikit.  Sukatan yang akak guna ni pada akak dah sedang elok je manisnya.

Lepas campuran dah sebati, masukkan biskut yang korang dah patah-patahkan tadi.  Kacaulah bagi rata.  Sediakan bekas untuk isi campuran tadi.  Kalau nak senang potong, bekas tu korang lapikkan dahulu dengan plastik, kemudian curahkan campuran tadi dan tekan-tekanlah bagi rata. Dah siapkan masukkan dalam peti ais semalaman atau 4-5 jam.  Dah boleh potong.


kek mudah disediakan, kek 4 bahan, kek batik sedap, resepi kek mudah


Senang kan! Budak-budak memang sukalah makan kek ni. Akak pun suka jugak.  Tapi en hubby kurang sikit makan kek. Satu bekas tahanlah 1-2 hari untuk anak-anak makan sambil-sambil tengok tv.  Lepas tu mak kena fikir balik nak buat apa lagi....