Siapa sangka bila mulanya saja nak cuba. Kemudian jadi suka.  Lama-lama dah jadi salah satu cabang kumpul duit, kumpul kawan, kumpul ilmu.  Blog akak dah nak menghampiri angka sejuta pageview.  Happy? Mestilah suka sangat.  Tak sangka dulunya pernah terfikir - ada ke orang yang nak masuk baca blog aku ni.  Aku ni syok sendiri ke bercerita?

dunia blog, blogger lama, kekal bertahan dalam blog, tips bertahan

Tak jauh sangat dah perjalanan ke angka sejuta.  Cuba capai tahun 2018 ni nanti.

dunia blog, blogger lama, kekal bertahan dalam blog, tips bertahan

Akak nak kena mantapkan lagi jumlah bilangan entry ni.  Tahun lepas berazam nak buat satu hari sekurang-kurangnya satu entry tapi tak kesampaian.  Tahun ni masih mencuba sekurang-kurangnya jumlah entry sama dengan bilangan hari dalam sebulan.  Akak bukan blogger hebat, sekadar mencabar diri sendiri.


dunia blog, blogger lama, kekal bertahan dalam blog, tips bertahan

Kalau lihat dari segi jenis entry. Entry masakan memang selalu mendapat tempat teratas. Antara entry akak yang masih menjadi pilihan. Keyword kena mantap supaya entry sentiasa berada di muka depan carian.  Kena gali ilmu lagi ni.

Bila dah berkawan dengan bloggers hebat yang lain, berkongsi, belajar, rupa-rupanya boleh sampai jugak ke angka puluhan ribu ni.  Terima kasih kat korang yang rajin masuk jengah sini walaupun sekejap.  Nanti datang lagi tau. Gunakan perkongsian yang ada dalam ni, moga bermanfaat. Dah masuk jangan lupa tinggalkan jejak.  Bila ada kelapangan nanti akak singgah blog korang pulak.

Pesanan Untuk Blogger Baru


1. Jangan malu jangan segan untuk belajar.
2. Jangan jadikan umur sebagai had untuk korang buat perkara yang korang suka.
3. Komited, Jujur dan jangan sombong.

Apa tips yang akak guna untuk bertahan lama dalam dunia blog?
Korang boleh baca kat sini  TIPS AZIRAHMAN

Siapa Azirahman yang korang kenal? Cuba korang share kat komen tentang blog ni.  Mungkin ada pembaikan yang boleh akak buat untuk menjadikan blog ni lebih ceria.  


dunia blog, blogger lama, kekal bertahan dalam blog, tips bertahan

Jom korang share pendapat kat sini.

27 Comments

  1. alhamdulillah. tahniah! itu lah nikmat nya berblogging. sentiasa mahu lebih lagi ^_^

    ReplyDelete
  2. wauu ini blogger hebat. bukan senang nak capat PV 1juta kan. btw tahniah dah teruskan usaha lagi bagi mencapai angka 6 digit dan terus kongsikan perkongsian bermanfaat :)

    | blog helloaiman |
    | Tempahan Khat Kufi |

    ReplyDelete
  3. Tahniah Kak Azi, semoga terus sukses berblog yer...

    ReplyDelete
  4. Tak jauh dah Tu.. countdown jom

    ReplyDelete
  5. tahniah.. semoga terus berjaya.. :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah. I blog suka suka je pun. Tapi dgn blogging dpt la 2 ke 3 kawan baru.

    ReplyDelete
  7. Perghhh!! Padu dan gigih betul sampaikan setahun mampu tulis 500 artikel. Semoga kita pun dirasuk kegigihan dan kepaduan daripada tuan punya blog...

    ReplyDelete
  8. caiyokk...sikit lagi tu...insyallah lepas sejuta ni,mesti lebih naik lagi....

    ReplyDelete
  9. Tahniah.. nak capat satu Juta bukan senang.. tahniah yea.. satu angka yang ditunggu-tunggu buat seorang blogger.. keep it up! =)

    ReplyDelete
  10. Tahniah.. Nak kena rajin dan bykkan menulis selepas ni.. Insyaallah zaza try sebaiknya :)

    ReplyDelete
  11. wahhh! dah nak masuk sejuta dah ye..tahniah kak..keep up the good work!

    ReplyDelete
  12. Entry masakan memang jenis entry evergreen. Bagus kalau kita jenis yang selalu update pasal resepi makanan. Orang selalu cari. Nanti kena tambah lagi entry pasal resepi makanan. InsyaAllah kalau tak update entry lama pun still ada view masuk

    ReplyDelete
  13. teruskan countdown, hehe. emi dah lama berblog, cuma part time. siang hari ada kerja hakiki so takleh nak 100% bg komitmen kat blog.

    ReplyDelete
  14. Tahniah ! Kekalkan momentum. Sy pon nak kena tambah dari segi bilangan post nie. Makin lma makin sedikit.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah..terbaik la kak azi..keep it up...

    ReplyDelete
  16. Go akak go! Hehe.. Nak jugak jadi macam akak. Nanti saya usha tipsnya. Tq tau.

    ReplyDelete
  17. Tahniah! Moga terus bermotivasi untuk sentiasa berkongsi dan salam kenal haha

    ReplyDelete
  18. Great advice.. semoga berterusan... just keep blogging.....and have fun

    ReplyDelete
  19. wow congratulations babe! I'm working towards it!

    ReplyDelete
  20. Salam perkenalan.... tahniah... bukan mudah utk smp tahap ni kan..? Dokan liez pun macam azirah... follower #373

    ReplyDelete
  21. Terbaik kak Azi... Bonde nak follow akak rapat2 jom terus berblog. Good luck!

    ReplyDelete
  22. InshaAllah sis. Sama-sama belajar. Senang je blog ni kalau dah mahir SEO, tips and tricks dia. Gluck!

    ReplyDelete
  23. tahniah kak azi! semoga terus semangat berblog dengan menyampaikan perkara yang memberi manfaat kepada pembaca

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  24. congratulations sis , kamu sangat menginspirasi

    ReplyDelete
  25. tahniah Kak Azi.. kipidap kipidap =)

    ReplyDelete