Mudah Kalau Korang Ikut Cara Ini Untuk Tingkatkan Pengunjung Blog

Wednesday, November 08, 2017

Komuniti blogger besar. Tapi yang betul-betul bergelar blogger jitu tu tak ramai. Pusing-pusing orang yang sama juga.  Samada korang kenal di alam maya atau pernah bersemuka.  Kalau korang baru nak berjinak-jinak dengan dunia blog ni, korang kena ada ciri-ciri ini untuk kekal bertahan lama.

1. Hati kena mau kental, jangan jiwang sangat
2. Percaya dengan keupayaan kau. Kalau kau rasa kau boleh buat yang terbaik, buatlah 
    selagi mampu. Jangan hiraukan kata-kata negatif di sekeliling korang.
3.  jangan mudah putus asa.  Untuk berjaya sebagai blogger, korang jangan mudah putus 
     ada bila reader korang tak ramai.  Mula-mula memanglah macam tu. 
4.  Jangan kedekut ilmu dan jangan malu bertanya.  Ilmu blogger ni banyak. Pandai-
     pandailah korang gali dan gali sampai puashati.  Ramai blogger yang tak kedekut ilmu 
    dan mereka berjaya.  Ilmu kalau kita kongsikan akan bertambah berkat dan           
    berkembang.  Tapi kongsi ilmu yang baik-baik je tau...
5.  Ketengahkan diri . Rajin-rajinlah bertegur sapa dengan blogger-blogger lain. 

tingkatkan trafik blog, tambah uv blog, tips tingkat pengunjung blog
gambar google




Cukuplah 5 dahulu. Ada banyak lagi yang korang akan jumpa bila korang semakin lama dalam dunia blogger ni.  Bila dah ada blog dan punyai ciri-ciri blogger yang boleh bertahan lama, korang kena juga tahu bagaimana untuk tingkatkan pengunjung blog korang.  Janganlah biarkan blog daripada awal sampai korang give up dengan jumlah pengunjung yang sama hari-hari. 


tingkatkan trafik blog, tambah uv blog, tips tingkat pengunjung blog
gambar google

Korang boleh juga ikut cara akak ni. Caranya  mudah saja. 

1. Join group blogger.
    Group blogger ni banyak kelebihannya. Tapi korang kenalah pandai pilih group blogger 
    supaya sesuai dengan tujuan korang join.  Macam akak join group adalah untuk  
    tingkatkan ilmu tentang blog, cara nak tambah traffic sambil tu tambah-tambah 
    income sikit-sikit.

2.  Rajin ping entry di media sosial seperti facebook.  Akak biasa guna googleplus saja 
     untuk share entry baru.  Kat googleplus kebanyakannya memang terlibat dengan dunia 
     blog jadi masing-masing faham tujuan kita ping kat situ. Selain tu ada juga tempat-
     tempat ping entry lain yang boleh bantu tambah traffic, korang kena rajin tanya dan 
     survey.  

3. Rajin-rajinlah buat kawan di media social.  Buat kawan biarlah arah yang betul. 

4. Letakkan hashtag pada post media social korang.  Biasanya akak akan letakkan hashtag 
    nama blog akak di post entry instagram.  Secara tak langsung korang perkenalkan  
    brand  nama blog korang.  Lama-lama nanti readers akan familiar dengan nama blog 
    korang.


4 sharing yang boleh akak kongsikan berdasarkan pengalaman akak sepanjang terlibat aktif dengan dunia blog ni.  Sejujurnya bukan sahaja nampak peningkatan dalam jumlah trafik pengunjung, akak pun dapat ramai kawan maya dan sedikit membantu perbaiki gaya penulisan akak.  Blogger ni ramai yang mempunyai gaya penulisan yang menarik.  Kalau korang tak percaya korang boleh terjah nama-nama blog yang ada dalam bloglist akak.


You Might Also Like

10 comments

  1. bagus ni tambah ilmu blogging...

    ReplyDelete
  2. Tips berguna untuk blogger br nak up macam say. terima kasih ye..

    ReplyDelete
  3. nice sharing tq sis azi :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian ini.


    ReplyDelete
  5. perkongsian yang menarik untuk blogger ni. setuju sangat dengan semua tu.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  6. Hampir setiap hari buat Blog Walking untuk menarik trafik.

    ReplyDelete
  7. mekasih kak azi. berguna sngt ni

    ReplyDelete
  8. Banyak info boleh dapat sini :)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook