Petang-petang sekarang ni kerap hujan.  Dah macam synonim dah kalau hujan perut lapar, bila lapar mulalah macam-macam masakan direka untuk mengisi perut.  Asalkan bahannya cukup, memang terus menjadi.

Satu yang akak suka ialah mencuba sesuatu yang baru hasil daripada pembacaan dan tontonan.  Sekarang ni korang masuk sahaja IG atau YouTube, memang ramai yang berkongsi menu-menu menarik.  Macam biasa akak suka yang ringkas dan cepat disediakan. Sedap? Bergantung pada cara korang buat sebab bila lihat dalam video memang semua nampak sedap.

Tertarik dengan sharing Haniszalikha di instastory, cara buat cekodok ikan bilis.  Nampak mudah dan menarik.  Jangan ketawa tau...walaupun hanya sekadar cekodok  ikan bilis, ada pelbagai cara menyediakannya.  Apa yang menarik perkongsian beliau ialah menghasilkan cekodok yang garing di luar, lembut di dalam, bahagian dalammya nampak berongga-rongga. 

Tips hasilkan cucur sedap


Takdelah tips yang hebat sangat.  Daripada perkongsian beliau, gunakan sahaja air panas menggelak semasa mencampur semua bahan.  Akak cuba. Betul menjadi. Garing diluar, lembut didalam.  Mudah sebenarnya, kena rajin mencuba dan mencari ilmu. 

tips hasilkan cucur yang sedap, cucur garing, cekodok ikan bilis
Buat kecil-kecil, sekali masuk aje.  Bila rajin boleh letak macam-macam bahan seperti daun kucai, taugeh, udang, bawang besar.  Kalau tak cukup bahan, letak aje apa yang ada.


tips hasilkan cucur yang sedap, cucur garing, cekodok ikan bilis
Sebahagian.  Kalau semua ada kat rumah, 2,3 pinggan macam ni pun sekejap aje habisnya.

Apa sangatlah kan. Cucur je pun. Tapi kalau tak kena caranya tak menjadi jugak. 





7 Comments

  1. SA suka...adakala nak bagi gebu dan macam bersarang kat dalam SA letak mauripan sesudu besar...memang cantik kembangnya..eh lama la SA x buat cucur udang

    ReplyDelete
  2. wow...sedap ni..kena pulak dengan Teh O...

    ReplyDelete
  3. Ooo,letak air panas ye. Cucur pun sedap gak time lapar ni...

    ReplyDelete
  4. Wah.. tetiba macam mengidam nk buat cucur pulak.

    ReplyDelete
  5. sedapnya,mmg bess dapat time sejuk2 hujan..

    ReplyDelete
  6. Sedap cekodok ninkan...Ada kakak opis kata letak ais pun ok gak

    ReplyDelete
  7. ohhh yeay.. rasa nak suruh mak buatkan. bukan apeee reti je buat tapi nak jugak makkkk buat hahahaha..

    ReplyDelete