Kali ini biar akak share dengan korang resepi yang paling mudah nak disediakan.  Sandwich Chicken LeftOver nama diberi.  Nama biar gah, yang penting mudah dan sedap.

Korang ingat lagi entry ayam panggang yang pernah akak upkan di sini.  Haaa....kalau korang tak habis makan, jangan susah hati sebab lebihan ayam itu korang boleh hasilkan sandwich yang cukup sedap.  Tambahan sedikit lagi bahan lain dan pasti anak-anak tersenyum riang sebab perut yang lapar bakal diisi.

Sandwich Chicken LeftOver


Kalau tiada lebihan ayam panggangpun tak apa. Boleh panggang sendiri atau beli yang dah siap panggang.  Kuantiti bergantung kepada banyak mana sandwich yang korang nak hasilkan. Isi ayam tu, carik-carikkan tak perlu halus sangat.


sandwich, resepi mudah sediakan sandwich, menu sarapan, menu minum petang

Bahan tambahan lain yang boleh ditambah adalah tomato, salad, mustard dan mayonis.  Boleh juga potong-potongkan cili padi atau cili merah, baru rasa pedas-pedas sedikit.  Tapi yang ni akak tak masukkan cili sebab nanti ada yang sibuk dok kais buang. Satu lagi korang jangan sekali-kali lupakan roti.  Tak bermakna sandwich tanpa roti.

Bukannya susah nak buat sandwich ni.  Ayam yang dah dicarik-carik tadi gaulkan dengan mayonis.  Sukatan ikutlah citarasa masing-masing. Ada yang suka lebih mayonis, ada yang biasa-biasa saja.  Sapu sedikit mayonis atas kepingan roti, boleh juga sapukan butter atau mentega.  Akak guna yang mana ada kat rumah sahaja.  

Lepas tu bolehlah susunkan ayam, potongan tomato dan salad.  Letakkan sedikit sos mustard dan kapit dengan sekeping roti lagi.


sandwich, resepi mudah sediakan sandwich, menu sarapan, menu minum petang


sandwich, resepi mudah sediakan sandwich, menu sarapan, menu minum petang

Dah siap semua, potong-potongkan saiz lebih kecil supaya senang nak ngap.  Potongan begini juga memudahkan masuk dalam bekas bekalan anak-anak ke sekolah.  Mudah kan!  Sebuku roti gardenia panjang tu boleh habis kalau buat begini.  Kalau tak nak habiskan sebuku yang pendek tu punya lah susah.  Kena kreatif lah kalau nak anak-anak seronok makan.

Selain daripada sandwich ayam leftover ni, boleh juga buat sandwich telur, sardin dan macam-macam lagi, asalkan korang rajin.

Jomlah cuba!