Resepi Ayam Panggang Paling Mudah Untuk Disediakan

Monday, October 16, 2017

Agak lama juga tak berkongsi resepi di blog ni.  Ada beberapa resepi menarik yang akak akan kongsikan untuk korang cuba.  Kali ini akak nak share dengan korang resepi ayam panggang yang paling mudah untuk disediakan.  Sesuai untuk hidangan sekeluarga tambah-tambah minggu ni cuti sekolah panjang dan anak-anak ada kat rumah.


resepi mudah, ayam bakar sedap, ayam panggang untuk keluarga mudah disediakan, ayam panggang , roasted chicken


Ayam Panggang Mudah Disediakan

Bahan-bahan yang kami gunakan sangat mudah.  Boleh dikatakan hampir semuanya pasti ada dalam peti ais rumah korang.  En Hubby yang suka mengolah bahan mengikut apa yang ada.

Bahan utama:
1 ekor ayam saiz 1.5kg - ayam dibelah dua
2 batang  karot
10 biji kentang merah/manis (kentang ni saiz kecil kecil comel, tak perlu belah-belah)

Bahan Untuk perapan :
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras
2 sudu besar minyak masak/ minyak zaitun
2 sudu kecil  lada hitam kasar
1 1/2 sudu besar serbuk perasa ayam/ boleh juga guna kiub ayam (1 sahaja)
1 sudu besar madu - pilihan
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji jus lemon
1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa
1/2 cawan air 

Bahan-bahan perap ni korang boleh kisarkan sekali.  Selepas kisar bolehlah lumurkan pada ayam yang dah belah dua tadi.  Ayam ni korang peraplah selama lebih kurang 2 jam dalam chiller.  Selepas itu, bolehlah bakar dalam oven selama 45-50 min dengan suhu 180C. Ikut juga oven masing-masing, masa bakar tu jenguk-jenguklah sama, biar warna kuning keemasan, jangan sampai rentung nanti.

resepi mudah, ayam bakar sedap, ayam panggang untuk keluarga mudah disediakan, ayam panggang , roasted chicken

Sebelum masuk oven. Kalau ada lebihan bahan perap, korang lumurkan saja pada ayam tu.  Letakkan juga kentang merah dan juga karot yang telah dipotong-potong.  Kentang merah ni comel saja, jadi korang basuh bersih-bersih dan bakar denga kulit-kulit sekali.

resepi mudah, ayam bakar sedap, ayam panggang untuk keluarga mudah disediakan, ayam panggang , roasted chicken

Kejadian selepas dibakar.  Biarkan warna jadi begini, bertambah sedap dimakan.Bila dihidang, korang letakkan juga sos perapan yang ada dibahagian bawah bekas bakar.  Kalau tak cukup, boleh je gunakan sos black pepper atau korang cicah dengan sos cili.

Ayam saiz ini sesuailah untuk hidangan 4-6 orang.  Kalau rajin, boleh juga sediakan hidangan sampingan seperti speghetti, kentang goreng, coleslaw ataupun salad.  Biasanya hidangan begini memang cepat habis kat rumah kami sebab anak-anak memang suka makan, tambah-tambah makan masa panas-panas.

You Might Also Like

18 comments

  1. Nampak sedap tu. Cara buatnya juga nampak tak susah sangat.

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaa nampak ayam panggang kak Azie :)

    ReplyDelete
  3. Wah sedapnya azi. Memang suka makan ayam panggang ni

    ReplyDelete
  4. Akak nak buat resepi ni! Yayy tq share resepi senang ni. Hahaha. Boleh buat esok sempena Deepavali ni. Hehehehe. Senang giler!

    ReplyDelete
  5. wah mudahnya... nak cubalah.. sihat pun sihat ni, thanks sharing this recipe

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi saya bakar lobak dengan kulit sekali. Lebih ranggup ke jadinya?

    ReplyDelete
  7. Lapar pulak tengok resepi nak tengahari nim tengok bahan2 semua ada kat dapur buah keras jer takda boleh cuba ni. Terima kasih kongsi resepi.

    ReplyDelete
  8. Sedapnya tengok ayam panggang tu. Mudah sangat resepi dia.. nak try buat jugak nanti. Almaklumla peminat ayam kan.hee

    ReplyDelete
  9. Wow sedapnya resipi yang mudah dan lazat ni lepas ni boleh lah cuba untuk jemput kawan-kawan makan kat rumah hehehe..

    ReplyDelete
  10. Alahaiiii... sedapnya. Thanks for the resipi. Boleh lah try buat nanti nih. Yang bulat-bulat tu apa ☺

    ReplyDelete
  11. thanks for the recipe! recently i pun selalu buat hidangan ayam! :D

    4D3N Star Cruise 2017

    ReplyDelete
  12. Sedapnya, kalau campakkan mushroom sedap tak ekk? Sebab akak tak berapa minat ayam so nak makan sayur2 aja yang dah sebati ngan kuah ayam ni slurppp

    ReplyDelete
  13. Mudah sangat bila panggang dalam oven. Cuma ambil masa untuk penyediaan ajalah. Sedapnya nampak!!

    ReplyDelete
  14. ermm boleh cuba gak ni ek..

    ReplyDelete
  15. Menu ayam panggang ni menarik. Memang kena cuba kat rumah.

    ReplyDelete
  16. Amboi sedapnya tengok. Nanti Ika nak try la recepi ni. Macam terliur sudah ika hehe

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook