Sekarang ni cuaca di utara ni agak sangat panas. Tempat korang macamana ?  Buat kerja rumah sikit pun peluh dah meleleh-leleh.  Rasa sangat puas bila dapat duduk dalam bilik berhawa dingin.  Memang bertambah-tambahlah bil letrik akak bulan ini.  

Sepanjang cuti sekolah ni memang sehari berkali-kali budak-budak ni mandi.  Akak sendiri pun bila ada kat rumah rasa tak selesa badan lepas buat kerja rumah, mesti nak mandi jugak.  Bila cuaca panas macam ni kenalah hati-hati supaya tidak sampai dijangkit penyakit pula nanti.

Tips Kekal Sihat Musim Panas

Akak share dengan korang tips yang boleh korang amalkan supaya badan tetap kekal sihat dan tidak mudah dijangkiti penyakit.  Antara yang patut korang pastikan ialah:

1. Pakai topi atau payung ketika berada di luar rumah.
2. Pastikan korang banyak minum air kosong.  Tambah-tambah kalau korang rajin 
    bersenam. Pastikan air mencukupi.
3.  Pakai pakaian yang ringan, berwarna cerah dan mudah menyerap peluh.
4. Gunakan kipas atau pendingin hawa supaya badan berasa sejuk.  Takperlah bil letrik 
    lebih daripada biasa demi untuk kesihatan kita.
5. Jangan duduk dalam kenderaan bertutup tanpa penghawa dingin.  Kalau ada anak 
    kecil, jangan sekali-kali tinggalkan mereka dalam kereta bertutup di tengah panas.
6. Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar rumah.
7. Kurangkan pengambilan air manis dan bercafein.


tips musim panas, jaga kesihatan,cuaca panas dan berbahang, tips sihat

Khidmat nasihat ini di bawa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.  Tak pasti berapa lama lagi cuaca begini akan berterusan. Tapi biasanya menjelang hujung tahun musim tengkujuh akan muncul pula.  Patutlah ramai kawan-kawan akak yang cuti-cuti oversea tempat sejuk.  Tak kira di mana kita berada, harap korang jaga kesihatan dengan baik terutama yang ada anak-anak kecil.