Tips Kekal Sihat Di Musim Panas
Sekarang ni cuaca di utara ni agak sangat panas. Tempat korang macamana ? Buat kerja rumah sikit pun peluh dah meleleh-leleh. Rasa sangat puas bila dapat duduk dalam bilik berhawa dingin. Memang bertambah-tambahlah bil letrik akak bulan ini.
Sepanjang cuti sekolah ni memang sehari berkali-kali budak-budak ni mandi. Akak sendiri pun bila ada kat rumah rasa tak selesa badan lepas buat kerja rumah, mesti nak mandi jugak. Bila cuaca panas macam ni kenalah hati-hati supaya tidak sampai dijangkit penyakit pula nanti.
Tips Kekal Sihat Musim Panas
Akak share dengan korang tips yang boleh korang amalkan supaya badan tetap kekal sihat dan tidak mudah dijangkiti penyakit. Antara yang patut korang pastikan ialah:
1. Pakai topi atau payung ketika berada di luar rumah.
2. Pastikan korang banyak minum air kosong. Tambah-tambah kalau korang rajin
bersenam. Pastikan air mencukupi.
3. Pakai pakaian yang ringan, berwarna cerah dan mudah menyerap peluh.
4. Gunakan kipas atau pendingin hawa supaya badan berasa sejuk. Takperlah bil letrik
lebih daripada biasa demi untuk kesihatan kita.
5. Jangan duduk dalam kenderaan bertutup tanpa penghawa dingin. Kalau ada anak
kecil, jangan sekali-kali tinggalkan mereka dalam kereta bertutup di tengah panas.
6. Lebihkan masa berada di dalam rumah dan hadkan aktiviti luar rumah.
7. Kurangkan pengambilan air manis dan bercafein.
Khidmat nasihat ini di bawa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Tak pasti berapa lama lagi cuaca begini akan berterusan. Tapi biasanya menjelang hujung tahun musim tengkujuh akan muncul pula. Patutlah ramai kawan-kawan akak yang cuti-cuti oversea tempat sejuk. Tak kira di mana kita berada, harap korang jaga kesihatan dengan baik terutama yang ada anak-anak kecil.
19 Comments
terima kasih atas tipsnya. kena kurangkan minum air manis hehe.
ReplyDeletememang panas.
ReplyDeletememang tak lalu nak keluar rumah..
kena petang2 baru keluar kan.
Memang teruk cuaca sekarang nie. Boleh berubah sekelip mata dan itu yang menyebabkan ramai jatuh sakit. Sekarang Rawlins memang akan bawa bekal air ke mana-mana.
ReplyDeleteSama la kak azi..panas menyengat..minum air bergelen2 dh..tetap panas..
ReplyDeleteBtul...da lama tak hujan kt penang ni...
ReplyDelete2x jemur kain pun boleh kering musim pnas ni..pgi jemur tgh hr angkat..tgh hr jemur ptg angkat..
Punya la pnas kan
Masalah sekarang ni pasang kipas makin laju makin rasa panas dalam rumah tu tak faham tapi memang betul panas melampau sekarang ni tak tentu pasal jer tiba2 tu tanda nak banjir lah tu tak lama lagi..
ReplyDeleteTiba-tiba panas pula hujung-hujung tahun ni, biasanya musim hujan. Memang perlu minum lebih air dan pilih aktiviti indoor berbanding outdoor.
ReplyDeleteThanks for the tips. Memang panas betul cuaca sekarang. Nak keluar rumah pon malas.
ReplyDeleteSis banyak duduk rumah..tapi bahang panas tu sampai jugak dalam rumah walaupun beraircon. La ni demam n sakit tekak dah..huhuhu
ReplyDeleteSalam isnin sis Azi
ReplyDeletesemoga minggu ini semua urusan lancar
amin
Memang panas cuaca sekarang ni
Kalau naik motor memang terasa sangat
Memang kena tips kak azi ni. Terima kasih kak. Sini pun panas juga. Dah pasang kipas pun masih terasa bahangnya. Allah moga cepatla semua ni berlalu
ReplyDeleteDuduk rumah pun dah terasa bahangnya sekarang nie... dah la rumah xde aircond hahahah
ReplyDeleteHa'ah mmg panas sangat..kebetulan air cond rumah saya rosak, tak repair lagi..fuhhh..bertabah tidur dlm keadaan panas..pasang 2 kipas pun, tak berapa nak rasa sejuk...
ReplyDeletemmg pana betul sekarang!
ReplyDeleteFuhh.. Minum air tu memang penting.. Risau nanti dehidrasi pula.. Mungkin kena kurangkan aktiviti luar kan
ReplyDeleteTips berguna ni. Memang cuasa skrg panas sangat. Aircond pun sometime x rasa sejuk.
ReplyDeletememang panas sejak menjak ni..kena banyakkan minum air masak supaya badan tak terhidrate..
ReplyDeleteTerima kasih share tips kak azi..mmg kena banyak minum air masa cuaca panas ni utk elakkan dehydrated...
ReplyDeletealhamdulillah hari ni dah mula hujan..mgu lepas panas betul cuaca kan
ReplyDelete