Dah lama akak terjatuh cinta dengan produk ni.  Walaupun guna hanya beberapa produk sahaja tapi akak suka.  Kenapa suka? Suka sebab dia lebih semulajadi. Antara produk Himalaya yang akak selalu guna ialah  Syampu Anti Hair Fall dan Nourishing Skin Cream.  Komen peribadi akak selepas menggunakan produk ini.


produk himalaya, nourishing cream, syampu anti hair fall, atasi masalah keguguran rambut


Syampu Anti Hair Fall 

Antara produk Himalaya yang akak sedang guna sekarang.  Syampu anti hair fall tu memang akak guna dah lama. Sangat `recomended' pada yang mengalami masalah keguguran rambut.  Baunya pun best.  Serasi dengan akak dan masalah keguguran rambut yang akak alami sejak sekian lama dah semakin berkurang.  Lepas tu guna pulak protein conditioner, rasa puashati bila lepas syampukan rambut.


Nourishing Cream Skin

Produk kedua dalam rangkaian Himalaya yang akak dah terjatuh cinta.  Baunya memang best dan wangi. Selepas guna kulit rasa lembut je.  Nourishing Cream Skin ini mengandungi ekstrak aloe vera, winter cherry, indian kino tree dan pennywood India dan ianya melindungi kulit kita daripada cuaca kering supaya nampak lembab dan berseri.

Ianya boleh digunakan di muka, badan, tangan dan kaki sebagai pelembab dan pelindung sinaran UV. Bestnya lagi, produk Himalaya ni sesuai untuk semua jenis kulit.


Moisturizing Aloe Vera Face Wash

Produk seterusnya yang akak sedang gunakan ialah moisturizing aloe vera face wash.  Bahan utama pencuci muka ini ialah ekstrak timun dan aleo vera. Timun beruapaya menyejukkan kulit muka dan merupakan toner terbaik mengecilkan liang yang terbuka. Manakala aloe vera bersifat melembut dan melembabkan kulit muka dan menjadi pelindung sinaran UV. Baunya juga best dan lepas guna kulit rasa lebih segar.

Lepas ni memang akak bercadang nak explore lagi produk Himalaya ni.  Rasa macam banyak yang sesuai dengan kulit muka akak ni. Dah set dengan kawan akak yang bertugas di New Delhi, India, nak suruh dia borong barangan Himalaya bebanyak sebelum balik Malaysia. Kat sana katanya jauh lebih murah. Boleh buat stok nanti.

Info Lanjut

Info lanjut korang boleh dapat dengan melayari website, fb dan ig Himalaya.  Bolehlah tengok mana-mana produk yang mungkin sesuai dan korang nak cuba tengok.



Facebook :
HimalayaHealthcareMalaysia

Instagram :
himalayamalaysia


18 Comments

  1. Miza pun suka produk himalaya ne dah jadi BFF sejak pakai pencuci muka

    ReplyDelete
  2. Produk-produk dari himalaya memang terbaik .. Saya pun telah jatuh cinta !

    ReplyDelete
  3. banyak feedback cakap produk himalaya ni berkesan , ccl masih belum cuba lagi produk ni

    ReplyDelete
  4. Ena pun guna ubat gigi jenama Himalaya ni. Memang best!. Tak tipu

    ReplyDelete
  5. Produk Himalaya ni mmg bagus Dan natural kan

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum wrmbth sis azi

    Salam jumaat

    semoga kita semua di berkati

    alamak dah jatuh cinta

    Marah suami nanti. Hehe. Mujur dengan produk

    ReplyDelete
  7. Qiss tak pernah try lagi produk ni. Nourishing cream nampak best. Nanti Qiss try.

    ReplyDelete
  8. Pilihan yang hebat. Tengok orang bg review best2 buat nak cuba

    ReplyDelete
  9. Produk himalaya memang best kak. Ana sekarang pakai facial cleanser dia memang terbaik. Guna sikit je pun dah cukup. Yg penting free paraben dan free sls.

    ReplyDelete
  10. rasa macam nak grab lah alovera tu sebab dah lama cari.. tengok ramai ulas best.. kena grab nihh

    ReplyDelete
  11. Kita pun suka dgn syampu n lotion himalaya tu...bau pun best...heaven sgt bau dia...

    ReplyDelete
  12. Saya suka pakai saffron wash untuk muka tu bestnya lahai kulit makin ok..
    Pastu jerawat kurang and kulit mencerah.

    ReplyDelete
  13. Saya pun suka produk Himalaya. Sebab berasaskan herba

    ReplyDelete
  14. Sekarang sana sini perkatakan tentang kelebihan produk Himalaya nie.. Terbaik....

    ReplyDelete
  15. Paling suka sekali syampu & conditioner Himalaya. Sebab sesuai dgn rambut saya. ☺

    ReplyDelete
  16. Best yer produk himalaya ni? Sebelum dok tengok jugak kat caring. Dia punya eye treatment tapi tak terbeli lagi.

    ReplyDelete