Resipi Ayam Panggang Paling Mudah Untuk Disedakan. Bila dah mula share resipi, rasa seronok pulak cari lagi resipi-resipi menarik untuk dicuba.  Ada beberapa resipi menarik yang akak akan kongsikan untuk korang cuba.  Kali ini akak nak share dengan korang resipi ayam panggang yang paling mudah untuk disediakan.  Sesuai untuk hidangan sekeluarga tambah-tambah musim cuti sekolah ni dan ramai yang dah mula bercuti dan jalan-jalan dengan keluarga.  Apa yang akak nampak sekarang ni ramai yang suka bercuti di homestay atau lokasi yang boleh beraktiviti santai dengan keluarga.  Bila berkumpul ramai-ramai dengan keluarga memang seronok bercerita sambil masing-masing menghidangkan masakan sedap.  Ayam panggang ni memang sesuai untuk hidangan ramai. Tambah-tambah kalau ada anak-anak yang sememangnya kita tahu suka makan ayam.


resepi mudah, ayam bakar sedap, ayam panggang untuk keluarga mudah disediakan, ayam panggang , roasted chicken, hidangan hari keluarga, menu mudah


Ayam Panggang Mudah Disediakan

Bahan-bahan yang kami gunakan sangat mudah.  Boleh dikatakan hampir semuanya pasti ada dalam peti ais rumah korang.  En Hubby yang suka mengolah bahan mengikut apa yang ada.

Bahan utama:
1 ekor ayam saiz 1.5kg - ayam dibelah dua
2 batang  karot
10 biji kentang merah/manis (kentang ni saiz kecil kecil comel, tak perlu belah-belah)

Bahan Untuk perapan :
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras
2 sudu besar minyak masak/ minyak zaitun
2 sudu kecil  lada hitam kasar
1 1/2 sudu besar serbuk perasa ayam/ boleh juga guna kiub ayam (1 sahaja)
1 sudu besar madu - pilihan
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1/2 biji jus lemon
1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 1/2 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa
1/2 cawan air 

Bahan-bahan perap ni korang boleh kisarkan sekali.  Selepas kisar bolehlah lumurkan pada ayam yang dah belah dua tadi.  Ayam ni korang peraplah selama lebih kurang 2 jam dalam chiller.  Selepas itu, bolehlah bakar dalam oven selama 45-50 min dengan suhu 180C. Ikut juga oven masing-masing, masa bakar tu jenguk-jenguklah sama, biar warna kuning keemasan, jangan sampai rentung nanti.

resepi mudah, ayam bakar sedap, ayam panggang untuk keluarga mudah disediakan, ayam panggang , roasted chicken, hidangan hari keluarga, menu mudah

Sebelum masuk oven. Kalau ada lebihan bahan perap, korang lumurkan saja pada ayam tu.  Letakkan juga kentang merah dan juga karot yang telah dipotong-potong.  Kentang merah ni comel saja, jadi korang basuh bersih-bersih dan bakar denga kulit-kulit sekali.

resepi mudah, ayam bakar sedap, ayam panggang untuk keluarga mudah disediakan, ayam panggang , roasted chicken, hidangan hari keluarga, menu mudah

Kejadian selepas dibakar.  Biarkan warna jadi begini, bertambah sedap dimakan.Bila dihidang, korang letakkan juga sos perapan yang ada dibahagian bawah bekas bakar.  Kalau tak cukup, boleh je gunakan sos black pepper atau korang cicah dengan sos cili.

Ayam saiz ini sesuailah untuk hidangan 4-6 orang.  Kalau rajin, boleh juga sediakan hidangan sampingan seperti speghetti, kentang goreng, coleslaw ataupun salad.  Biasanya hidangan begini memang cepat habis kat rumah kami sebab anak-anak memang suka makan, tambah-tambah makan masa panas-panas.

Kalau korang nak buat hari keluarga atau ada program dengan rakan-rakan, boleh je sediakan bahan perapan dahulu atau perap siap-siap ayam sebelum bergerak ke dsetinasi.  Malam anda akan lebih meriah bila hidangn memenuhi selera dari yang kecil hingga dewasa.

Jom cuba !