Hari ini kat ofis akak berlangsung pemeriksaan kesihatan sempena Bulan Kesihatan yang dianjurkan oleh team OSHE.  Akak merupakan salah seorang ajk OSHE untuk bangunan ofis tempat kerja ni jadi secara tidak langsung memang terlibatlah dalam menyelenggarakan perjalanan pemeriksaan kesihatan hari ini.

pemeriksaan kesihatan, bulan kesihatan, pemeriksaan asas kesihatan, mengawal lebih baik daripada mengubati


Buat yang basic sahaja seperti pemeriksaan tekanan darah, kadar guna, bmi, kadar kolestrol, kesihatan tulang dan jugak untuk golongan wanita breast cancer screening.  Bila sebut tentang kesihatan, sambutan memang agak menggalakkanlah.  Sekarang ni macam-macam penyakit ada dan kadangkala di luar jangkaan kita, memang boleh dikatakan sesiapapun akan ambil berat tentang kesihatan.

pemeriksaan kesihatan, bulan kesihatan, pemeriksaan asas kesihatan, mengawal lebih baik daripada mengubati
awal pagi tak ramai sangat, masa nilah ajk terlibat ambil giliran dahulu.


Walaupun sibuk dengan susun atur dan perjalanan program, akak tetap ambil bahagian untuk buat pemeriksaan.  Rugi kalau tak buat, kalau nak pergi sendiri memang macam banyak sangat alasannya. Syukur sangat sebab semuanya ok kecuali berat badan. Haha..yang ni memang dah jangka. Di usia begini, bila mana kadar gula dan kolestrol berada dalam julat yang baik dah sangat-sangat seronok dah sebab akak ni bukanlah jaga sangat pemakanan, kadang-kadang main belasah jugak.

pemeriksaan kesihatan, bulan kesihatan, pemeriksaan asas kesihatan, mengawal lebih baik daripada mengubati
Pemeriksaan kesihatan tulang oleh pihak Anlene.  Boleh jugak minum susu free.

Sekarang ni kena berusaha mengurangkan sedikit berat badan ni. Pemakanan pun nak kena control jugak sikit-sikit.

Korang kalau ada program macam ni jangan lepaskan peluang tau. Rugi kalau doktor dan mereka yang pakar dah datang ke tempat korang tapi korang tak ambil kisah.  Elok buat pemeriksaan awal dan berkala walaupun atas perkara yang asas-asas sahaja.  Sekurang-kurangnya boleh juga kawal penyakit yang mungkin singgah atau boleh juga elakkan daripada sebarang penyakit singgah.  Mengawal adalah lebih baik daripada mengubati !

6 Comments

  1. Lemak senang di bakar ( metabolize ) di badan yang masih muda. Jika sudah berusia macam saya exercise sampai penat pun lemak susah membakar. Orang sekarang beruntung program kesihatan datang hingga ke pejabat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah bila dah mula masuk pertengah 4 series, memang susah lemak nak pergi

      Delete
  2. Sekali sekala kena jugak dapatkan pemeriksaan macam ni kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nani...kena keep monitoring kemampuan badan kita

      Delete
  3. Bagus buat pemeriksaan kesihatan secara berkala

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju. Orang perempuan biasa buat pemeriksaan masa hamil, lepas bersalin selalu ambil peluang nak skip

      Delete