Makan Mee Udang Di Ilyana Cafe, Teluk Kumbar Pulau Pinang.  Bila mula cuti sekolah mesti ramai yang merancang untuk berjalan-jalan.  Ada yang jalan-jalan sambil cari makanan menarik atau viral.  Kalau korang datang ke Pulau Pinang sempena cuti sekolah ni atau apa-apa cuti sekalipun, jangan lupa cari buah durian dan jangan lupa juga singgah ke Ilyana Cafe ni untuk menikmati mee udang sempoi.  Dah pernah cuba beberapa kedai lain tapi masih suka di sini lagi.

Mee Udang  Pulau Mutiara

Mee Udang merupakan salah satu makanan tarikan di Pulau Pinang.  Mee udang Pulau Mutiara ni terdapat banyak lokasi jualannya samada di sebelah pulau mahupun di tanah besar Seberang Perai. Dalam banyak tempat jualan mee udang ini, akak dan keluarga suka singgah di Ilyana Cafe yang terletak di Teluk Kumbar Pulau Pinang.

mee udang teluk kumbar, mee udang, ilyana cafe, mee udang pulau pinang, mee udang sedap


Apa yang menarik di sini? Kalau korang nak tahu, kat sini udang-udang yang digunakan adalah udang -udang yang segar dan korang juga boleh pilih samada nak order berasingan atau order untuk satu-satu meja.  Biasanya akak order sekali untuk makan satu family. Sejak berbelas tahun yang lalu lagi, rasa kuahnya tak berubah sedikit pun.  Tetap sama walaupun yang memasaknya bukan orang yang sama.  Yang penting udangnya fresh.  Setakat ini tidak pernah mengecewakan dan sesuailah dengan harga yang dikenalkan.

Selain daripada Ilyana Cafe, ada lagi beberapa kedai mee udang yang agak popular pada penduduk tempatan ataupun yang selalu berkunjung ke Pulau Pinang.  Bagi yang tak nak makan mee udang, korang boleh juga memilih menu lain dari hasil laut.

Selain daripada mee udang, di sini juga kami selalu order kari ikan.  Memang best !  Nasi goreng udang pun korang kena cuba.

Lokasi Ilyana Cafe ini berhampiran dengan pantai. Kalau korang datang waktu siang, bolehlah korang berjalan di pelantar berdekatan sambil menikmati suasana pantai.  Tak jauh daripada sini juga terletaknya Lexis Suites Penang.  So, kalau korang bermalam di Lexis Suites Penang ni tak susah nak cari tempat makan yang sedap.


mee udang teluk kumbar, mee udang, ilyana cafe, mee udang pulau pinang, mee udang sedap

Lexis Suites di waktu malam.  Boleh nampak daripada jalan ke Ilyana Cafe ni.


Akak share dengan korang lokasi Ilyana Cafe ni, mana tahu nanti korang datang bercuti kat Pulau Mutiara ni, boleh lah cuba.


10 Comments

  1. udang yang besar. Mesti sedap dimakan.

    ReplyDelete
  2. Kalau mee udang yg biasa bg PCL kat Sg Dua la.. mee udang teluk kumbar belum lagi.. boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah nanti. Kak zi lebih prefer yang di Teluk Kumbar ni...

      Delete
  3. Memang azi jalan jalan caari makan ya

    Penang kalau pergi tak makan sungguh sungguh

    Hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali jer mama hakim. Reward pada diri sendiri dan keluarga.

      Delete
  4. Besaqnya udang dia kak Azi...terliur SA dah

    ReplyDelete
  5. sedapnye, rindu sgt makanan sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penang dengan pelbagai dengan masakan, kalau dah suka memang selalu teringin merasa.

      Delete