Hari ni dah hari kedua hujan tanpa henti di tempat akak ni.  Semalam cuaca redup disusuli dengan hujan agak lebat.  Tengah malam tadi hujan turun semula, walaupun tak berapa lebat, tapi berterusan sampailah akak sampai ofis.  Bila keluar rumah dalam cuaca hujan, hati mula berdetik dan sedikit sebanyak risau juga, risau air naik di pertengahan jalan.

Pengalaman minggu lepas, hujan yang berterusan menyebabkan air naik di beberapa kawasan di Seberang Jaya.  Walaupun bukanlah kawasan rendah sangat, tapi mungkin sistem perparitan yang tak berapa elok menyebabkan air mudah bertakung dan hujan yang berterusan menyebabkan air makin naik.  

Bila Hujan Perut Lapar


Bila hujan-hujan ni perut memang lapar.  Dek kerana risau dengan hujan yang turun, akak pun dah terawal bangun pagi tadi.  Masuk dapur tengok apa yang menarik untuk dibuat sarapan.  Kena makan berat sikit supaya taklah terasa lapar awal sangat nanti.  Rupa-rupanya en hubby dah siap rendam sebungkus mee hoon.  Dah tahulah apa hidangan sarapan nanti.

Sambil menikmati bunyi hujan di luar rumah, akak siapkan bahan-bahan untuk menggoreng.  Rupa-rupanya en hubby pun bangun awal jugak terus masuk dapur nak menggoreng.  Mesti kes tak boleh tidur lena jugak bila hari hujan.

Dah siap semua bahan, en hubby offer diri sediakan sarapan, akak buat air dan terus kejutkan anak-anak untuk ke sekolah.  Lega bila semua siap lebih awal dan bolehlah akak ke pejabat awal sedikit daripada biasa sekurang-kurangnya boleh elakkan kesesakan di sekolah anak-anak dan perjalanan ke tempat kerja.


hujan di utara, hujan lebat, perut lapar, menu sarapan paling mudah disediakan


Hmmm....jom breakfast dulu.  Siap jugak satu entry pagi Khamis.

12 Comments

  1. sedapnya dapat makan bihun goreng. hehe lama takmakan

    ReplyDelete
  2. Sekarang memang musim hujan kan. Bila hujan perut pun berlubang

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah selalunya, jenuh nak tampal bila dan berlubang

      Delete
  3. erk, bukan kalau hari hujan tidur lagi lena .. hehe, mrs pip kalau hari hujan, mmg asyik nak tidur jer memanjang ...

    ReplyDelete
  4. Hujan2 ni mmg betul perut cepat lapar kak. Dpt mihun goreng mcm ni pun dah sedap sgt.

    ReplyDelete
  5. Kann musim hujan sekarang ni, sejuk je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk = lapar = kenyang = mengantuk = tidur....cycle dia gitu jer hehehe

      Delete
  6. Mama kebelakangan ni pun asyik lapo saja Tu la sejuk2 ni kan

    ReplyDelete