Hujan Tanpa Henti Dari Semalam
Hari ni dah hari kedua hujan tanpa henti di tempat akak ni. Semalam cuaca redup disusuli dengan hujan agak lebat. Tengah malam tadi hujan turun semula, walaupun tak berapa lebat, tapi berterusan sampailah akak sampai ofis. Bila keluar rumah dalam cuaca hujan, hati mula berdetik dan sedikit sebanyak risau juga, risau air naik di pertengahan jalan.
Pengalaman minggu lepas, hujan yang berterusan menyebabkan air naik di beberapa kawasan di Seberang Jaya. Walaupun bukanlah kawasan rendah sangat, tapi mungkin sistem perparitan yang tak berapa elok menyebabkan air mudah bertakung dan hujan yang berterusan menyebabkan air makin naik.
Bila Hujan Perut Lapar
Bila hujan-hujan ni perut memang lapar. Dek kerana risau dengan hujan yang turun, akak pun dah terawal bangun pagi tadi. Masuk dapur tengok apa yang menarik untuk dibuat sarapan. Kena makan berat sikit supaya taklah terasa lapar awal sangat nanti. Rupa-rupanya en hubby dah siap rendam sebungkus mee hoon. Dah tahulah apa hidangan sarapan nanti.
Sambil menikmati bunyi hujan di luar rumah, akak siapkan bahan-bahan untuk menggoreng. Rupa-rupanya en hubby pun bangun awal jugak terus masuk dapur nak menggoreng. Mesti kes tak boleh tidur lena jugak bila hari hujan.
Dah siap semua bahan, en hubby offer diri sediakan sarapan, akak buat air dan terus kejutkan anak-anak untuk ke sekolah. Lega bila semua siap lebih awal dan bolehlah akak ke pejabat awal sedikit daripada biasa sekurang-kurangnya boleh elakkan kesesakan di sekolah anak-anak dan perjalanan ke tempat kerja.
Hmmm....jom breakfast dulu. Siap jugak satu entry pagi Khamis.
12 Comments
sedapnya dapat makan bihun goreng. hehe lama takmakan
ReplyDeletealhamdulillah...
DeleteSekarang memang musim hujan kan. Bila hujan perut pun berlubang
ReplyDeletebegitulah selalunya, jenuh nak tampal bila dan berlubang
Deleteerk, bukan kalau hari hujan tidur lagi lena .. hehe, mrs pip kalau hari hujan, mmg asyik nak tidur jer memanjang ...
ReplyDeletetidur lepas bangun mesti lapar
DeleteHujan2 ni mmg betul perut cepat lapar kak. Dpt mihun goreng mcm ni pun dah sedap sgt.
ReplyDeletebetul sangat tu
DeleteKann musim hujan sekarang ni, sejuk je :)
ReplyDeletesejuk = lapar = kenyang = mengantuk = tidur....cycle dia gitu jer hehehe
DeleteMama kebelakangan ni pun asyik lapo saja Tu la sejuk2 ni kan
ReplyDeletelapar dan sejuk memang selalu seiring
Delete