Seronok tak jadi blogger?
Rajinnya awak menulis?
Macamana awak dapat idea untuk buat entry?

Ini adalah antara soalan-soalan yang kerap akak dengar bila dah terjebak sebagai blogger ni.  Samada korang blogger part time atau full time, korang mesti nak ada blog yang mampu menarik pembaca  berkunjung.  Apatah lagi kalau korang nak jadikan blog sebagai salah satu sumber income. Bila ramai yang singgah, secara tak langsung ianya dapat menarik minat pr untuk ambil khidmat korang bagi tujuan promosi produk atau perkhidmatan client mereka.  Bukan itu sahaja, bagi yang minat menulis, korang boleh mengasah bakat penulisan korang.  Mana tahu kan, ada syarikat penerbitan yang berminat dengan hasil tulisan korang....hmmm  rezeki tu.

Tips Menghasilkan Artikel Menarik

Untuk memastikan ramai yang berkunjung ke blog korang, kenalah ada artikel menarik untuk dibaca. Macamana nak hasilkan artikel yang menarik? Mungkin info di bawah boleh bantu korang.  

tips blogger, panduan hasilkan artikel baik, blogger hebat
credit picture google



1. Fahami Apa Yang Ingin Ditulis

Tak semestinya korang kena expert tentang apa yang korang nak kongsikan tapi sekurang-kurangnya korang tahu dan kaji dulu sebelum menulis.  Biarkan apa yang ditulis memberi manfaat pada orang yang membacanya.  Kalau bercerita tentang keluarga, biarlah ada isi yang boleh pembaca ambil dan jadikan panduan.  Misalnya perkongsian tentang hobi anak-anak.

2. Pastikan Isi Artikel Berguna

Tak perlu ayat yang canggih dan hebat ketika menulis.  Kadangkala susunan ayat yang lebih santai, lebih mudah difahami oleh pembaca.  Bila artikel yang ditulis disulami dengan pengalaman penulis, kesannya pada pembaca adalah lebih baik.  Korang boleh berkongsi tentang tips-tips menarik yang boleh pembaca cuba seperti tips menghasilkan masakan sedap, tips menangani anak-anak kecil yang suka menangis waktu malam dan macam-macam lagi.  Tentu korang ada pengalaman tentang hal-hal ini kan...so berkongsilah.

3. Gaya Penulis

Setiap orang ada gaya penulisan yang tersendiri.  Ada yang serius, santai dan sebagainya.  Kadang-kadang entry pendek saja tapi tetap dapat ramai pengunjung sebab gaya penyampaiannya menarik.  Ada banyak blog lain yang sama dengan niche dan gaya penyampaian korang.  Kena rajin blogwaking blog kawan-kawan lain.  Selain dapat idea, korang juga akan dapat tingkatkan cara penulisan artikel korang. Tak percaya?...Cuba dulu


tips blogger, panduan hasilkan artikel baik, blogger hebat
credit picture google

4. Fikirkan Penerimaan Pembaca

Ini juga penting. Jangan sampai syok sendiri.  Selalu kena ingat, apa yang kita nak tulis tu bagaimanakah penerimaan pembaca?  Seorang blogger yang bagus perlu hormati sensitiviti pembaca.  Jangan sampai artikel yang kita tulis menyentuh isu-isu sensitif yang mungkin boleh menimbulkan salah faham pada pembaca.



Cukuplah tips yang boleh akak kongsikan dengan korang.  Akak pun masih mencari yang terbaik untuk blog akak ni.  Kalau boleh biarlah perkongsian kat sini memberi manfaat untuk korang.  Kalau ada entry-entry yang merapu tu, saja suka-suka kongsi bila dah takde idea.  Kena rajin menulis, baru dapat perbaiki kelemahan. Sama seperti anak-anak yang belajar, bila kerap buat latih tubi pasti tak rasa gentar dengan peperiksaan.