Tips Blogger Hasilkan Artikel Menarik
Seronok tak jadi blogger?
Rajinnya awak menulis?
Macamana awak dapat idea untuk buat entry?
Ini adalah antara soalan-soalan yang kerap akak dengar bila dah terjebak sebagai blogger ni. Samada korang blogger part time atau full time, korang mesti nak ada blog yang mampu menarik pembaca berkunjung. Apatah lagi kalau korang nak jadikan blog sebagai salah satu sumber income. Bila ramai yang singgah, secara tak langsung ianya dapat menarik minat pr untuk ambil khidmat korang bagi tujuan promosi produk atau perkhidmatan client mereka. Bukan itu sahaja, bagi yang minat menulis, korang boleh mengasah bakat penulisan korang. Mana tahu kan, ada syarikat penerbitan yang berminat dengan hasil tulisan korang....hmmm rezeki tu.
Tips Menghasilkan Artikel Menarik
Untuk memastikan ramai yang berkunjung ke blog korang, kenalah ada artikel menarik untuk dibaca. Macamana nak hasilkan artikel yang menarik? Mungkin info di bawah boleh bantu korang.
credit picture google
1. Fahami Apa Yang Ingin Ditulis
Tak semestinya korang kena expert tentang apa yang korang nak kongsikan tapi sekurang-kurangnya korang tahu dan kaji dulu sebelum menulis. Biarkan apa yang ditulis memberi manfaat pada orang yang membacanya. Kalau bercerita tentang keluarga, biarlah ada isi yang boleh pembaca ambil dan jadikan panduan. Misalnya perkongsian tentang hobi anak-anak.
2. Pastikan Isi Artikel Berguna
Tak perlu ayat yang canggih dan hebat ketika menulis. Kadangkala susunan ayat yang lebih santai, lebih mudah difahami oleh pembaca. Bila artikel yang ditulis disulami dengan pengalaman penulis, kesannya pada pembaca adalah lebih baik. Korang boleh berkongsi tentang tips-tips menarik yang boleh pembaca cuba seperti tips menghasilkan masakan sedap, tips menangani anak-anak kecil yang suka menangis waktu malam dan macam-macam lagi. Tentu korang ada pengalaman tentang hal-hal ini kan...so berkongsilah.
3. Gaya Penulis
Setiap orang ada gaya penulisan yang tersendiri. Ada yang serius, santai dan sebagainya. Kadang-kadang entry pendek saja tapi tetap dapat ramai pengunjung sebab gaya penyampaiannya menarik. Ada banyak blog lain yang sama dengan niche dan gaya penyampaian korang. Kena rajin blogwaking blog kawan-kawan lain. Selain dapat idea, korang juga akan dapat tingkatkan cara penulisan artikel korang. Tak percaya?...Cuba dulu
credit picture google
4. Fikirkan Penerimaan Pembaca
Ini juga penting. Jangan sampai syok sendiri. Selalu kena ingat, apa yang kita nak tulis tu bagaimanakah penerimaan pembaca? Seorang blogger yang bagus perlu hormati sensitiviti pembaca. Jangan sampai artikel yang kita tulis menyentuh isu-isu sensitif yang mungkin boleh menimbulkan salah faham pada pembaca.
Cukuplah tips yang boleh akak kongsikan dengan korang. Akak pun masih mencari yang terbaik untuk blog akak ni. Kalau boleh biarlah perkongsian kat sini memberi manfaat untuk korang. Kalau ada entry-entry yang merapu tu, saja suka-suka kongsi bila dah takde idea. Kena rajin menulis, baru dapat perbaiki kelemahan. Sama seperti anak-anak yang belajar, bila kerap buat latih tubi pasti tak rasa gentar dengan peperiksaan.
19 Comments
T.kasih sis... nice sharing
ReplyDeletenice sharing...betul..jalan penceritaan yang membantu ramainya followers yang hari2 akan datang berkunjung..kan kak azi?
ReplyDeletebetul SA...sedang memperbaiki cara penyampaian
DeleteInfo yang menarik.. Tak mudah untuk menghasilkan artikel yang menarik.. tapi kalau tahu teknik yang betul dan praktiskan dalam penulisan artikel yang konsisten pasti boleh ;)
ReplyDeletesetuju dedaun comel
DeletePerkongsian yg baik utk rakan2 blogger semua. Terima kasih atas info di atas ni kak.
ReplyDeletesama-sama. Moga mendapat manfaat bersama.
Deletenice sharing sis..jemput singgah www.hakimramli.com
ReplyDeleteterima kasih. Belajar dpd blog lokman jugak ni
Deletekadang tu tak fikir pun berguna ke tak sebab memang dah set blog personal so tulis memang syok sendiri je lah :P
ReplyDeleteDulu saya pun begitu juga, tapi ada sorang follower ni whatapp saya minta saya edit kesemua entri yang ditulis sebab banyak bercampur aduk dan bertindih. Ada tu isu yang sama diulang dus tiga kali dalam perenggan berlainan. Hehehe
DeleteAwal berblog dulu macam tu jugak. Tapi bila tengok dari hari ke hari ada yang dok berkunjung tu yang rasa seronok pulak dan cuba perbaiki cara penyampaian supaya lebih menarik
DeleteSatu perkongsian yang berguna. Terima Kasih.
ReplyDeleteTq for tips
ReplyDeleteMenarik tips-tips ini. Boleh terus apply. Terima kasih berkongsi.
ReplyDeleteAlhamdulillah ..moga mendapat manfaat
Deletetq for sharing
ReplyDeleteBagus juga tips ni. Terima kasih share
ReplyDeletesama-sama
Delete