Hidangan Malam Jumaat
Biasanya bila dah semakin ke penghujung minggu, akak mesti blank tak tahu nak hidangkan apa untuk makan malam keluarga. Balik kerja mulalah korek-korek apa yang ada. Dah Khamis stok yang ada dah tak berapa banyak. MIL nak makan pulut durian tapi dah petang-petang memang takde orang jual durian. Kenalah tunggu hari ni kalau ada rezeki dapat durian yang elok sikit.
Sembang-sembang dengan en hubby, akhirnya dapatlah 3 menu ini sebagai hidangan makan malam kami. Oleh kerana MIL stay dengan kami buat sementara ni jadi setiap kali nak masak kenalah pastikan ada makanan yang memang menjadi kegemarannya. Akak pun rajin jugaklah memasak hari-hari dengan bantuan en hubby dan anak-anak.
Sambal sardin ni dah beberapa kali dok plan nak masak. Malam tadilah baru terjadi plan tu. Tak sangka pulak MIL suka makan. Okay pas satu lauk.
Yang ni pula daging goreng kunyi beserta kacang panjang. Ni lauk nak pancing adik wan makan. Memang suka dia makan lauk ni tambah-tambah kalau buat nasi goreng dengan daging goreng kunyit. Lauk lain memang dia tak pandang dah! Daging nak cepat lembut jangan lupa rebuskan dalam pressure cooker.
Kena ada lauk berkuah. Ni je lah yang paling cepat boleh siap. Sup petola. Semua orang suka. Masukkan suun sikit dan pecahkan telur. Nak bagi sedap sup sayur macam ni, akak campurkan sedikit perencah ikan bilis. Barulah best nak hirup sup! Petola ni banyak juga khasiatnya antaranya baik untuk pesakit kencing manis dan mengukuhkan sistem imun badan.
Selesai hidangan malam jumaat kami sekeluarga. Korang kalau takde idea nak masak apa hari ni, bolehlah cuba menu kami ni. Tak susah nak buat...campak-campak aje. Bila makan ramai-ramai lagi seronok!
12 Comments
sedap tu...
ReplyDeletehmm....memang sedap
DeleteWah sambal sardin dengan petola tu memang feveret. Terus terliur.
ReplyDeletesesekali menu macam ni memang best
DeleteAaaaa....sup petola! memang favourite ni hehehe
ReplyDeleteramai yang suka dengan sup petola ni rupanya
DeleteMenu yang menyelerakan. Mesti bertambah nasi kalau makan ni. Happy family makan makanan masakan air tangan insan tersayang.
ReplyDeletemakan panas-panas memang membuka selera
DeleteMemang sedap nampak sup petola tu. Hirup suun wah.
ReplyDeletesedap kan...
Deletedapnyeee sup petola. dulu tak reti makan tapi sejak dok hostel makan petola sedap rupanya =D
ReplyDeletesamalah masa dok rumah ngan mak dulu-dulu tak teringin pun tp bila dok sendiri..baru tau sedap rupanya
Delete