Fish Fillet Goreng Bersos Cili
Bila tiba waktu lunch, akak mesti terfikir petang nanti nak masak apa untuk dinner. Symptom ibu-ibu bekerja agaknya yer. Sekarang ni kurang sikit memikir sebab en hubby tolong fikir sama. Untunglah badan kan!
Fillet Ikan
Korang suka makan isi ikan tak? Our family favorite tu kecuali dik wan. Kalau en hubby pergi memancing tenggiri, biasanya sebahagian akan kami potong-potong ambil isinya sahaja. En hubby suka buat fillet ikan. Minggu lepas beli ikan sardin saiz besar sikit, en hubby potong-potongkan buang tulang semua, ambil isi sahaja. Fillet ikan biasanya kami simpan sebagai stok dan guna bila dah tak tahu nak masak apa. Apa masakan yang menarik gunakan fillet ikan ni? Mai akak kongsikan.
Fish Fillet Goreng Bersos Cili
Fillet ikan - ikutlah banyak mana yang korang nak masak
Tepung tempura
1 biji telur
Minyak menggoreng
*Pecah telur dan bancuh dengan tepung. Campurkan air sedikit supaya bancuhan tidak terlalu pekat. Macam korang nak goreng pisanglah. Lepas tu gaulkan dengan fillet ikan sampai semua fillet ikan bersalut dengan tepung. Sambil tu boleh panaskan minyak. Bila minyak dah panas, bolehlah mula menggoreng sampai kuning keemasan. Dah siap ketepikan.
Sos Cili
6-7 tangkai cili kering, potong-potongkan dan buang biji cili
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 - 3 batang cili merah dan hijau
2-3 biji cili padi
*semua bahan di atas korang kisar kasar ..tak payah halus sangat
Minyak gorengan fillet ikan tadi, tinggalkan sesenduk dalam kuali. Tumis bahan kisar tadi sampai agak garing. Masukkan sos cili, sos tomato, garam gula. Gorengkan sampai sedikit garing. Boleh juga masukkan sedikit kicap cair. Akhirnya korang masukkan fillet ikan tadi dan gaul rata. Nak hilangkan bau ikan (kalau korang rasa berbaulah), perahkan sedikit limau nipis.
Dah siap. Hidang panas-panas makan begitu sahaja pun boleh, nak makan dengan nasi pun boleh.
Sedap tau. Tak percaya cuba buat. Berebut-rebut anak-anak makan.
Lepas ni boleh buat stok banyak lagi untuk fillet ikan ni.
17 Comments
sedapnya.. makan dengan nasi panas2 wow
ReplyDeletememang sedap!
Deleteboleh try lepas ne. Tq share resepi
ReplyDeleteSama-sama...cubalah. Ada anak-anak ni memang nak kena sentiasa cari idea supaya mereka cuba semua
Deletemakan panas panas sedap lah. kalau dah sejuk kurang
ReplyDeleteLagi pedas lagi terangkat makan ni
betul sangat...hehe
DeleteTerliur bila nampak.. belum lagi merasanya
ReplyDeleteMakan panas2 tentu sedap. Macam masakan restaurant.
ReplyDeletebetul tu...ni lah salah satu cara nak bagi anak-anak makan ikan
DeleteTak pernah cuba lagi
ReplyDeletecubalah SA....sesuai untuk ikan yang tak banyak tulang..ambil isinya
DeleteSedapnyaaa kak!
ReplyDeletewaduh waduhhh nampak sangat mengancam di tengahari niiii hahahaha
ReplyDeletesedapnya! rajin eh potong2 ikan buat fillet..
ReplyDeletetapi ikan besar2 aje yg boleh buat eh?
ikan yang tak banyak tulang.
Deletesuka je makan ikan.. infact sbenarnya suka makan ikan dari ayam..
ReplyDeletetapi memilih cara masak hehe.. sedap ni. tak pun makan macam sweet sour tu.. ala2 masakan cine..
betul tu...saya pun suka makan ikan lebih daripada ayam. Tu yang cuba nak terapkan kat anak-anak ni
Delete