Bila mak korang rajin memang macam-macam menu boleh buat.  Cuti sekolah pun dah mula. Biasana bila cuti sekolah memang stok makanan perlu top up lebih daripada biasa.  

Kuih Keria

Minggu je saja dah 3 kali akak dok buat kuih keria ni.  Asalnya nak menghabiskan ubi keledek dekat rumah saja.  Tak sangka pulak MIL suka makan. Sekali hidang 15 ketul selesai MIL ngan hubby makan.  Kenalah tambah lagi.  Selang 3 hari en hubby beli lagi stok keledek. Kalau dah ada stok keledek kat rumah, memang fahamlah nak kena buat apa. Sekali lagilah akak menguli buat keria.


resepi kuih, kuih keria,keria antarabangsa, resepi mudah, menu keluarga


Orang utara panggil cucoq keria.  Orang Melaka terkenal dengan keria antarabangsanya.  Akak buat biasa-biasa aje.  Nak buat ala-ala keria antarabangsa tapi kat rumah ni tak berapa gemar keria salut gula melaka.  Kenalah ikut selera semasa. Kita guna gula pasir aje. 

Tak susah pun nak membuatnya, janji mau rajin.  Resepi akak pernah share dulu.  Kalau nak cuba silalah, jangan malu-malu.