Sup Kentang Kesukaan Anak-anak
Dah ada menu untuk masak malam ni? Akak masih berfikir-fikir nak masak apa. Yang cepat siap atau yang agak heavy sikit. Memikirkan masa dan tenaga yang dah agak berkurang hari ni, rasanya ambil yang mudah dan cepat siaplah kot!
Sup Kentang
Semalam rasa teringin pulak nak makan sup. Nak keluar memang taklah bila dah balik kerja. Tengok apa yang ada dalam freezer. Satu lauk dah ada atas dapur iaitu asam pedas tumis ikan merah, so akak nak padankan dengan sup yang tak pedas supaya si kecil dzakwan boleh makan. Sup kentang pilihan yang ada. Lagi mudahkan!
Bahan-bahannya :
3 biji kentang potong dadu besar
Suhun - ikut la nak banyak mana
1 batang cili merah - potong serong
Sedikit kobis bunga - kalau takde kobis bunga boleh je masukkan apa-apa sayur yang available.
3-4 ulas bawang putih...ketuk dan hiris
Sedikit daun sup
Minyak untuk menumis
Air
Cara Menyediakannya :
Panaskan sesudu minyak dan tumis bawang putih. Masukkan air ikut banyak mana sup tang korang nak. Masukkan kentang dan biar sampai kentan agak empuk. Kemudian masukkan sayur kobis, sedikit serbuk perasa (ikut suka), sedikit kicap cair (tak masuk pun takper) dan garam. Sambil tu rasa-rasalah yer, nanti terlebih masin pulak. Akhir sekali masukkan suhun yang telah direndam dan juga cili merah.
Dah okay semua boleh lah dihidang. Jangan lupa taburkan daun sup supaya hidangan kita nampak lebih menarik.
Siap satu menu....mudahkan !
13 Comments
Penggemar kentang memang suka sup kentang ni. Sedap!
ReplyDeletenak sediakan pun senang tak ambil masa lama
DeleteSedapnya.. mak budak pun suka ni
ReplyDeletebetul tu satu family suka
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteYg ni memang my pebret.
ReplyDeleteSedapnya.....anak marsha pun suka sup kentang. Makan bertambah-tambah..hihi
ReplyDeletesamalah dengan anak kak zi pun
DeleteKentang memang kegemaran saya.. lepas ni boleh la hari2 makan kentang ;)
ReplyDeletehehehe sup kentang orang tuaaa pun suka hehe.. i loveee potatoes ^^
ReplyDeleteCampak2 je...makan sedap
ReplyDeletesedap dan memang kesukaan sangat2 :)
ReplyDeletesemua prang suka...
Delete