Korang suka tak makan nangka? Akak suka makan tapi bukanlah sampai berhantu macam makan durian.  Buah nangka ni ada macam-macam cerita dalam family akak.  Sejak kecil lagi memang buah nangka ni antara punca rezeki kami sekeluarga.

Nangka Manis

Di kampung dulu, keliling rumah ada beberapa batang pokok buah nangka. Nangka manis isinya. Bila berbuah memang berbiji-biji kat sebatang pokok.  Nak harapkan kami adik beradik makan memang takkan habis. Akhirnya nanti ada yang membusuk dan berulat.  Bila berulat ni jadi permainan pulak antara kami adik beradik. Korang pernah tengok ulat nangka tak? Ulat nangka ni jenis tak duduk diam. Melenting-lenting ke sana ke mari sebab tu lah kalau ada anak-anak yang tak reti duduk diam, orang tua-tua mesti kata ...kau ni macam ulat nangka lah.



nangka manis, buah-buahan tempatan



Akak bukan nak cerita pasal ulat. Buah nangka ni dulu adalah antara punca pendapatan kami sekeluarga.  Bukan banyak pun, tapi bolehlah tambah-tambah duit poket kami adik beradik.  Bila dah berbuah banyak, arwah mak akan potong-potong dan tugas akak adik beradik adalah untuk menyucuk isi nangka tersebut ke batang lidi. Satu batang ada 4 atau 5 ulas nangka. Masa tu jual sebatang tu 20 sen atau 30 sen saja. Sekarang ni satu bekas dalam 5-6 ulas dah RM2 harganya.

Nangka Masak Lemak

Selain daripada makan nangka masak.  Nangka yang muda juga boleh dibuat sayur.  Masakan kegemaran masa tu ialah nangka masak lemak.  Hmmm....kalau arwah mak buat, memang berebut kami makan.  Bila dah berkahwin dan menetap di utara ni, jumpa pulak nangka masak gulai darat. Eh sedap jugak! Korang kena cari resepi nangka masak gulai darat ni, akak pun tak berapa cekap lagi.

Biji nangka pulak kami rebus dan makan sambil menonton tv.  Masa tu mak ayah memang tak layan beli jajan keropok ke apa ke..makanlah apa yang ada kat rumah.  Dapat makan biji nangka rebus ni pun dah sedap sangat.  Kumpul penuh periuk baru rebus. Kalau sikit-sikit boleh jadi tak cukup nanti.  

Nangka Dan Cempedak

Anak akak satu ketika dulu keliru antara buah nangka dan cempedak.  Semua dipanggil nama yang sama...cempedak.  Bila dah rasa isinya barulah diaorang ni tahu nak bezakan yang mana satu nangka dan yang mana satu cempedak. Tapi sekarang dah tau dah.  Mujur lah dia orang ni suka makan kedua-dua buah tersebut.  Bukan sahaja yang masak tapi yang dibuat sayur dan juga bijinya.  

Nak kena ada kebun buah-buahan jugak lah macam ni....