Semalam balik rumah tanpa ada plan nak berbuka dengan apa.  Kat rumah dah takde stok lauk mentah. Dah jam 530pm baru keluar semula dengan en hubby ke kedai sambil cari idea iftar.  Nak makan di kedai memang taklah. Belum sampai seru lagi sampai hari ini, masih berbuka di rumah saja.

Tiba-tiba en hubby ajak buat mee kari aje. Asalnya akak cadang nak buat mee goreng. Okaylah mee kari pun mee karilah.  Mudah jugak penyediaannya. Cepat-cepat ronda kedai cari bahan yang diperlukan.  Sambil tu bagi arahan kat Afiah di rumah untuk siap-siap kupas bawang, keluarkan bahan-bahan kering dan lain-lain.  Sampai rumah dah jam 645pm. Dah standy murtabak kegemaran anak-anak untuk berbuka dahulu nanti. Ketang ketung la akak, en hubby dan anak dara kat rumah. 


mee kari istimewa, resepi mudah mee kari


mee kari istimewa, resepi mudah mee kari


Inilah hasilnya.  Lepas maghrib semua, barulah mengadap yang ni pula sebelum ke masjid untuk tarawih. Akak skip semalam teman dik wan yang katanya nak rehat kat rumah...hehehe...mengalahkan orang puasa dia.

Kalau korang nak resepi mudah buat mee kari ni, boleh jengok masuk RESEPI MUDAH MEE KARI. Resepi ni en hubby olah ikut apa yang ada kat rumah.  Boleh aje tukar-tukarkan bahan yang korang nak masukkan dalam kuahnya. Contohnya semalam untuk kuah kari tu, kami masukkan kerang, ayam, bebola ikan dan isi ketam.  Sayur pun kami letak kacang panjang dan taugeh sahaja.

Kuah ni tahan sampai ke sahur, kami tambahkan potongan ayam dan biarkan kuah likat sedikit...dah jadi lauk untuk sahur pula.

Hari ni masih lagi memikirkan apa menunya pula....

0 Comments