Mudahnya Masak Mee Kari Langkah Demi Langkah

Monday, April 17, 2017

Assalamualaikum wbt. Dah lama tak update resepi kat sini.  Kebetulan hari ini akak puasa, ada la masa terluang tengahari ni. Boleh share satu resepi menarik kami sekeluarga.  Resepi mee kari mudah disediakan.  Apapun resepi yang akak share, ianya memang mudah disediakan.

Buat mee kari ni dah beberapa bulan yang lepas, tiba-tiba teringin pulak nak buat masa berbuka petang ni. Harap-harap sempat. Kita refresh dulu bahan dan cara buatnya. Resepi ni olahan en hubby, biasanya buat apapun bergantung pada apa yang ada di rumah.


resepi mudah, mee kari mudah disediakan, cara bergambar



Bahan-bahannya.

1 ekor ayam sederhana besar - ayan ni potong-potongkan anggaran saiz 2 inci setiapnya. Mudah nak makan nanti.

3 keping tokua putih -  potong 6 dan goreng sampai kuning.  Biasanya orang beli yang dah siap jual di pasar tapi akak lebih suka guna tokua putih dan goreng sendiri.


resepi mudah, mee kari mudah disediakan, cara bergambar
Sambil goreng sambil masuk seketul dalam mulut. Pastikan korang beli lebih kalau korang suka buat macam akak ni.


resepi mudah, mee kari mudah disediakan, cara bergambar


*5 sudu besar rempah daging (ikutlah brand apapun yang korang nak gunakan)
*2 sudu besar cili mesin
*Segenggam udang kering tanpa kulit + 6 biji buah keras, rendam sekejap dan kisarkan sekali
*Daun kari 

Bahann-bahan yang akak bintangkan ini bolehlah dibancuhkan sekali dalam satu bekas.

Bahan untuk menumis pula:
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
2 inci halia
3 batang serai diketuk
4 sekawan jangan lupa (cengkih, pelaga, kayu manis, bunga lawang)
sedikit asam keping
1 ketul kiub ikan bilis (akak guna kiub ikan bilis knor)

Bawang tadi bolehlah dikisarkan sekali.

Lepas tu bolehlah korang tumis bawang dan bahan-bahan ni sampai naik bau.  Lepas tu campurkan pes kari tadi dan kacau sampai pecah minyak. Kat sini boleh juga masukkan sekali ayam yang dah dipotong-potong tadi.  Kalau takut ayam hancur, gorengkan sekejap. Tapi kalau korang guna ayam kampung, boleh terus masuk je sekali.


resepi mudah, mee kari mudah disediakan, cara bergambar

Tumis bahan-bahan tadi, masukkan ayam dan tambah air serta santan .



Jangan lupa bahan berikut:

1 kotak santan - sekiranya korang guna santan kotak macam akak ni, untuk mengelakkan santan berketul-ketul bila dicampur, santan ini terlebih dahulu hendaklah dibancuh dengan air biasa sahaja, bukan air panas ye.  Dah campur dan kacau bagi serata, barulah masukkan dalam tumisan kari tadi.

Masukkan juga air agak-agak mengikut banyak mana kuah yang korang nak. Masuk bahan tambahan seperti fishball dan fishcake. Masukkan juga tokua yang digoreng tadi.


resepi mudah, mee kari mudah disediakan, cara bergambar



Bahan-bahan lain :

Taugeh - celurkan dengan air panas
kacang panjang - potong dan celurkan
Cili merah - hiriskan
Fish cake - potong-potong dan masukkan dalam kuah.
Fishball - masukkan dalam kuah
Mee - haaa ni jangan lupa pulak. Takde mee takde lah namanya jadi mee kari
Telur rebus - belah 4 atau 2 pun boleh

resepi mudah, mee kari mudah disediakan, cara bergambar

resepi mudah, mee kari mudah disediakan, cara bergambar

Dah ready semua bolehlah susun-susun dalam mangkuk macam ni.

resepi mudah, mee kari mudah disediakan, cara bergambar

Curahkan kuah, boleh juga hiaskan sedikit dengan daun ketumbar. Siap untuk dimakan. Berterabur sikit cerita akak ni tapi harap-harap korang faham-fahamlah ye. Selamat menjamu selera ! 






You Might Also Like

5 comments

  1. wahh sedapnya mee kari :)

    ReplyDelete
  2. alahai, kecur air liur saya kak, dah la puasa jugak ni, mengadap fb tadi pun asyik ternampak video makanan jer, bila tak puasa, tak ada plak video tu nak keluar..hehe

    ReplyDelete
  3. Perghh nampak memang sedap.. kalau dpt mkn ni mesti terangkat..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.. tercancel pula diet saya hari ni kalau macam ni

    ReplyDelete
  5. Terliur tengok mee kari tu...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers

Like us on Facebook