EOperasi Modul Pengurusan Guru

EOperasi Modul Pengurusan Guru adalah merupakan salah satu modul pengurusan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pegunaan para guru. Macam-macam sistem ada sekarang kan. Akak tau sebut je, tapi tahukah korang, apakah sebenarnya E-Operasi ?

E-Operasi sistem pengurusan maklumat guru

Apakah EOperasi?

EOperasi merupakan sebuah aplikasi yang digunapakai oleh para guru untuk mengemaskini data mereka dalam perkhidmatan perguruan.  Ianya adalah merupakan initiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk kemudahan para pendidik.  Mudahlah bila semua data perkhidmatan perguruan boleh diakses dari satu tempat sahaja. Nak tahu apa pun senang.  Selain daripada itu, pelbagai sistem lain juga telah dibangunkan oleh kerajaan tetapi ramai juga yang tidak mengetahui tentang kewujudan dan kegunaan sistem-sistem ini.  Antaranya ialah :

APDM (aplikasi Pangkalan Data Murid)

Dengan adanya sistem-sistem ini, ianya memudahkan rakyat Malaysia menyimpan datan dan membantu kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. 


E-Operasi ini juga digunakan untuk menyemak status guru-guru yang memohon untuk bertukar tempat bertugas.  Permohonan mereka mestilah melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG).  Mudahlah kan bila ada tempat semakan begini, cepat boleh tahu keputusan permohonan.  Dengan adanya E-Operasi ini, mudahlah para guru menguruskan data-data penting di hujung jari sahaja.  Maklumlah sekarang zaman internet.  Di mana sahaja berada, tak kira masa asalkan ada kemudahan akses, tugas boleh dilaksanakan.  Sambil-sambil minum petang di kedai makan atau restoran pun boleh buat kerja kan.

Cara Guna EOperasi

Mesti ramai di kalangan para guru yang masih belum tahu sepenuhnya cara menggunakan sistem e-Operasi ni dengan betul kan?  Mudah sahaja sebenarnya.  Langkah demi langkah cara login e-operasi Modul Pengurusan diri ada disediakan.  


E-Operasi sistem pengurusan maklumat guru


Bagi mengetahui lebih lanjut cara untuk login eoperasi secara online, sila klik di sini --> eOperasi

Bagi para guru juga adalah disarankan untuk login sistem ini melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah website down atau laman web tidak dapat diakses.  Klik sahaja link tadi dan ikut arahan yang disediakan untuk mengemaskini data-data melalui e-Operasi.  

Mudahkan cara nak guna. 


Modul eoperasi ini menguruskan berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pengguna (guru dan bukan guru) dan pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah).

KPM mungkin boleh mengadakan latihan-latihan berpusat untuk menggalakkan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang penggunaan eoperasi ini dikalangan pengguna.  Bila lebih ramai yang faham, maka akan lebih ramailah yang akan menggunakan sistem ini. Tugas mengumpul maklumat pun akan jadi lebih mudah.


Sila share artikel ini semoga ia membantu lebih ramai orang lebih tahu mengenai eoperasi 2017 ini dan mengemaskini data-data mereka hanya secara online. Berkongsi untuk manfaat bersama.

0 Comments